salam Aidilfitri mengetuk pintu . . ingin dibuka . ingin dibuka dengan penuh kesyukuran sesudah selesainya menyempurnakan rukun islam ke3 . . tetapi . . aku terfikir . . ada apa dengan aidilfitri ini ? Ia akan seperti tahun tahun yang lepas . . tanpa dia . ya , dia ! seorang ayah !
melihat wajahku ceria di pagi adilfitri , tapi pernah terfikir apa yang aku rasakan di dalam nya ? suatu kerinduan yang amat dalam kepada insan yang bergelar ayah . . bilakah masanya aku akan beraya bersama ayah ? adakah aku tidak akan dapat mersakan waktu itu ? aku hanya mampu berserah kepadaNYA . . jika di beri peluang sekali sahaja untuk aku mencium tangan ayah di pagi raya , aku lah insan yang amat beryukur . . dan itulah kebahgiaan yang tidak ternilai bagiku di dunia ini . .
Ayah . . anakmu merindui dirimu . .
Salam Aidilfitri Ayah . .
*kepada rakan rakan yang mengenali diri ini . . aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf . . sesungguhnya , diri ini tidak lari daripada melakukan kesalahan . .
mohon maaf zahir serta batin . .
SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM . .

salam Aidilfitri







