I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Tuesday, May 28, 2013

Final Year Project + Gathering with them


Alhamdulillah, selesai sudah benda yang menyakitkan, menstresskan selama 4 bulan ni . senyum manis . Final year student . haha . okay, dah nak masuk 2 tahun maustatin kat bumi Pahang ni . macam macam dugaan, kegembiraan . tapi . yang sedih tak habis lawat lagi Pahang ni . Bila la rasanya nak jejak bumi Pahang ni lagi lepas ni ? masa graduate nanti je laa . 

Okay, tadi baru je settle FYP (Final Year Project) . Alhamdulillah, even macam macam kata yang keluar dari evaluator, bersyukur ianya selesai . Alhamdulillah dapat kuat kan hati dan semangat ni tadi . lepas peristiwa tadi berlaku, serius rasa taknak sambung course computer lagi . tapi, ni kan baru dugaan kecil . kalau ni pun tak dapat nak tanggung, apakan nanti alam pekerjaan . InsyaAllah kuat ! 

Gathering bersama student Diploma Science Computer batch 2011/2012 . Okay korang OHSEMM ! lepas ni dah takde dah nak jumpa lagi . Pasti akan rindu kalian nanti ! ya, pasti rindu . gelak ketawa ! haha serius rinduu . so, nanti kalau nak kahwin jangan lupa JEMPUT tau ! 

4 bulan di sem yang menggetirkan ..  di bulan ni la aku belajar tak tidur malam . belajar menjadi burung hantu . belajar tengok video tutorial sampai termuntak muntah . belajar erti ketahanan jiwa . haha . tapi, dari sini la aku dapat pengalaman "work under pressure" yang akan digunakan waktu keja nanti . dapat kuatkan diri, hati dan mental . dapat melawan stress . Yang penting aku dapat rasakan pengalaman tu . kau ADO ? haha . 

sem ni . banyak sungguh yang aku dapat . sem ni dapat makan burger bakar ! dapat makan baskin robbin (first time) gathering dengan classmate dan roommate . Ya Allah, kekalkan la hubungan kami ini :) selama 4 bulan bersama FYP, terima kasih en.azhar . terima kasih banyak membantu . 

dah nak masuk alam bekerja pulak dah . huhu .


sedikit kenangan :)

| Mereka |

| Rakan gelak di class |

| 3 dara :) |

| Muka nervous |

| Muka selepas settle semua |

| Kami FINAL YEAR student |

Pasti aku akan rindu korang :) Ada jodoh, umur panjang kita jumpa lagi ya !

| Setiap pertemuan pasti akan jumpa perpisahan |

Assalamualaikum :)


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Thursday, May 9, 2013

Amazing week

Hai Hello, wahhhh, dah lama rasanya tak berbelog ni . .busy la katakan . . mana taknya PTA lain 3 mini projek lagi lain, assignment lain, test lain . mana la nak ada masa . cehwahhhh, tahu senaraikan je sampai tak tahu nak buat mana satu. bila buat yang ni teringat yang satu lagi keja tak siap, bila buat lain ingat yang lain. akhir sekali tidoooo. hahaha :D apa la nak jadikan .
Eh eh, sebenarnya nak cerita pasal cuti seminggu hari tu. hehe. yela, kite kan balik. nak mengundi la katakan. mengundi la sangat kan! okayy, seminggu di JOHOR BAHRU . jangan nak kata la, bukan kat Pahang, Johor rasanya semua tempat berbahangkan kempen PRU13 . JOM kite mengundi! JOM kite mengundi! JOM kite mengundi! #Oppsss, tak cukup umur lagi! hahaha. hanya mampu melihat je laa. menjelang PRU ni, macam macam yang tieka perhatikan. maaf kalau ada yang tidak setuju. just pandangan. bukan tieka tak masuk langsung hal politik, try nak masuk tapi bila tengok sikap manusia ni, hmm rasanya baik tak payah amek tahu. tak tahu mana kebenarannya, yang tu kata pemimpin ni tak bagus, yang ni kata pemimpin tu tak bagus. abez sape bagus? hehe. gurau gurau gurau . apa kata kalau bersatu? tieka bukan nak kata apa la, tapi sikap sikap manusia ni la kan, sampai sanggup menunding ke arah lain. hanya kerana PRU, masyarakat bergolak. UNDI kan RAHSIA. tapi bila dah jadi macam ni, takde rahsianya. sampai jiran sebelah pun jadi musuh. Akibat? berlainan parti. tu ke yang kita mahu? tieka bukan nak bercerita politik sedangkan tieka tahu, dimana tieka berdiri. tapi patutkah kita bergolak di negara yang sedia ada aman? atau kita nak jadi macam negara negara lain?
Maaf la, tieka bukan nak cakap yang tieka ni sokong yang ni tapi tak sokong yang ni. sebenarnya just nak buka mata, buka telinga. dimana letaknya negara yang demokrasi? Apabila bercerita sesuatu, sahih ke maklumat yang kita dapat tu? memang tak nafikan ada sedikit kekotoran yang dilakukan, kalau tieka pun tieka tak setuju. but Allah tahu apa yang dirancang olehNya. Tapi, apa HAK kita? duduk diam je ke? tieka takde la suruh macam tu, memang kita ada HAK! tak salah nak bagitahu apa hak kita. tapi yang salahnya apabila pecah belah berlaku. tu ke yang kita mahu? sedar tak kita, pecah belah tu berlaku bukan sahaja faktor kepimpinan tapi faktor diri kita sendiri! serius, kita sendiri yang membantu memecah belahkan masyarakat. sebab tu tieka kata, apa kata kalau kita bersatu? ada stu petikan dari rakan FB .
peningnyee..on fb xde cte laen..ya Allah hentikan lah semua fitnah ni..kalau Kau x mgizinkannya maka xkn terjadilah ia..sedar lah wahai insan..

# negara perang nk aman,negara aman nk bgolak..bagus prgai kau..

Tieka tak tahu nak komen apa. nak kata setuju, tak. nak kata tak setuju pun tak . fikir la sendiri :)  Demam Demam Demam PRU, Alahai =,=
#Maaf kepada yang tidak setuju .

okayyyy, stop berpolitik. ok, just nak cerita hari tu tieka dapat bunga!!!! ok first time dapat! haha, mana tak happynya. siap bawak balik ump lg. kihkihkih. thanks en.someone. cehh, bagi tu pun sebab nak memujuk. tapi takpe la, thanks dear :) Ingat sampai bila bila. Seminggu bersama, thanks for everything. maaf segala kekurangan. halal kan makan minum. hehe. saya hargai awak! haha. semoga cepat sembuh ya my dear. 

cuti seminggu la duk amek aty bakal mak mertua. haha. dilayan macam anak sendiri. hehehe. maaf la en.someone anda diketepikan. bakal menantu kesayangan ni. hahaha :D cakap pasal amek aty mak mertua, pengalaman la selama hidup ni kan, tieka diminta memotong cili sebanyak 15kg. OMA! okay, memang tangan ni okay je kan. panas gilaaaa boleh. yang en.someone keja ketawakan je. dari balik sampai la kat rumah. apa lah nasib. ok, pertama kali and akan jadi kali terakhir potong cili sebanyak 15kg. semata mata amek aty mak mertua punye pasal. hahaha :D

Apapa pun pengalaman seminggu lepas takkan dilupakan. Thanks my dear <3

Okayy la, banyak lagi keja menanti . . InsyaAllah lain kali jumpa lagi. Assalamualaikum :)

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh