I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Sunday, April 29, 2012

LiFe FoR a WhILE . .

Assalamualaikum . .
Air mata ini cuba ditahan daripada mengalir . .
Sakit . .
Akhirnya gugur juga air mata ini tanpa henti . .
Apa yang mampu aku lakukan ? 
Aku tak kuat !
tapi . . aku tahu, aku masih mampu tersenyum . .
senyum pengubat hati . .


Mereka hanya mampu melihat . .
Mereka masih tidak memahami . .
Biarlah hati memujuk nya sendiri . .



Tersenyum melihat mereka ketawa . .
Aku tak mampu untuk ketawa seperti mereka . .
kebahgiaan hanya sementara ku miliki . .
Tapi aku tahu, ada sebab Allah takdir  kan aku begini . .
Setiap helai tawaku . .
Hadir pula air mata yang membanjiri . .
Aku tak mampu terus begini . .
Bagaikan jatuh melumpuhi diri ini .. 

Hanya PadaMu . .

Aku tahu semua ini berlaku ada sebabnya . .
Mungkin ini ujian untuk membuat aku lebih kuat . .
Untuk lebih mengenali hidup ini . .
Aku tidak peduli orang tidak memahami . .
Asalkan aku mampu memjuk diriku sendiri . .
Hanya senyuman dapat sembunyikan segalanya . .
I'm Strong !!


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Thursday, April 26, 2012

HatiKu, HatiMu . .


Assalamualaikum Wahai Pencipta hati . .
Terima kasih kerana sentiasa berada di hati ini . .
Sentiasa menemani dikala suka dan juga duka .

Wahai pencipta hati . .
Engkau teguhkan la hati hambaMu ini .
Untuk terus mencintaiMu . .
Engkau bawalah hati ini lurus ke jalan Mu . .

 Tunjukki lah kami jalan yang lurus
surah Al-Fatihah 1:6

Aku sedar aku tidak layak untuk mencintai dia .
Mencintai selain Mu . .
Tapi aku tak mampu dengan perasaan ini .
Engkau bantulah aku menjaga hati ini . .
Supaya tidak terus mencintai dia melebihi Mu . .
Hanya PadaMu . .

Biarlah perasaan ini keranaMu . .
Biarlah rindu ini keranaMu . .
Engkau satukan la hati kami . .

Pelbagai rintangan telahku harungi . .
Pelbagai ujian yang Engkau beri . .
Perkuatkan ikatan ini . . Alhamdulillah . .
Aku masih disini . .
Masih bersama dia meneruskan hingga ke titik akhir . InsyaAllah ..
Hanya padaMu aku berserah . .
Hanya padaMu aku meminta . .

Hubungan ini . .
Biarlah ia mencapai hingga ke titik noktah . .
Biarlah kami disatukan akhirnya . . InsyaAllah . .
Hanya kupinta, berikan la kami kekuatan hati dalam hubungan ini . .
Untuk masih terus bersama mengharungi setiap dugaan yang Engkau beri . .
Aku tahu , Engkau memberi ujian ini untuk kami kuatkan lagi hubungan kami . .

Wahai pencipta hati . .
Satukan la hati kami . .
Satukan la hubungan kami kepada ikatan yang sah . .
Bawalah hati kami ke jalan Mu yang lurus . . InsyaAllah . .

Kebahgiaan kami pinta . .

Biarlah kebahgiaan yang diberi untuk di dunia dan juga di akhirat . .
InsyaAllah . .


InsyaAllah, Dengan Izin Mu Ya Allah . .
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Sunday, April 22, 2012

What U see Outside , Not same Inside


Selagi air mata ini mampu ditahan, akan ku tahan daripada mengalir.
Selagi perasaan sakit di hati ini mampu ditahan, akan ku tahan daripada diluah kan keluar.
Selagi mana kepayahan yang datang, akan ku tersenyum sebaik mungkin.

Mencuba menceriakan hari hariku, mrncuba sebaik mungkin, mencuba sesungguh mungkin.
Walaupun air mata ini tidak mampu ditahan lagi, memaksa maksa mahu mengalir, akan kusembunyikan daripada mu.
Sakitnya di dalam hati ini, biarlah pencipta hati yang mengetahui. Jika diluahkan kamu masih juga tidak mengerti. 

Hanya mampu melihat kamu, melihat saja apa yang kamu lakukan.
Tapi . . bagaimana tanggungjawabku ? Mampukah aku hanya sekadar melihat ? Hanya sekadar mendengar .
Aku sayangkan kamu . tapi yang pasti kamu tak mengetahui . .
Aku sedih melihat kamu .  . tapi apa yang mampu aku lakukan ? Aku hanya mampu berdiam diri . tapi . . jika sesuatu benda yang berlaku kepada kamu, aku akan salahkan diri aku sendiri, kerana tidak menasihati kamu. tapi bila ku cuba, akan ada yang membenci . Apa yang aku mampu ? berdiam . .

Aku tahu kamu sudah besar . 
Aku tahu kamu sudah bijak berfikir .
Berfikir lah apa yang terbaik untuk kamu . .
Ingatlah, Allah sentiasa ada untuk orang yang memerlukan .
Kembali lah jika kamu terbabas dalam perjalanan .
Bangkitlah jika kamu tersungkur.
Aku ada untuk menghulurkan tangan . .

Kenapa aku berfikirkan kamu ? 
Kamu mahu tahu jawapannya ?
Cukuplah sekadar kamu tahu jawapannya, Aku Sayangkan Kamu .

Aku hanya manusia biasa, yang tidak sempurna dengan segala-segalanya . tapi cukuplah sempurna sebagai ciptaan Ilahi . Aku tidak layak menasihati, tapi aku beringat dengan tanggujawab di beri. Aku akan terus berdiam . Berdiam dan berdiam . Maafkan aku dengan keterlanjuran ku selama ini .


Orang tidak mengenali siapa kita . . 
tapi orang boleh mengenali dengan apa yang kita lakukan . . 



# Sering aku tertanya, berdosa membuat fitnah, tapi bagaima pula jika orang tu yang membuat sesuatu sehingga menibulkan fitnah ?

#Motivation Untuk Diri Sendiri :))



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Wednesday, April 18, 2012

share our love in this frienship

Assalamualaikum . .
tidak tahu tajuk apa yang sesuai untuk post kali nie . law tengok tajuk nye pelik jangan la pula penat penat memutarkan kepala tu ya. luaran tidak penting, yang penting isinya . Am I right ?

Bila ingin bercerita kepada manusia dikata mengumpat, ingin ditegur tidak diterima. tapi apa yang aku mampu buat ? berdiam diri, pendamkan nya. tapi mampukah aku menyimpan rasa ini untuk selamanya ? jika terus di simpan, macam macam perkara negatif pula ku fikir . jadi, salah ke jika aku bercerita di sini ? tidak la perlu siapa orang nya, kerana jika diberitahu terbuka la aibnya. itu aku tidak mahu. aku menulis bukan untuk mengeji, tetapi ingin meluahkan rasa yang dipendam.

Aku tidak la perfect sampai boleh menilai seseorang tu. tapi aku mempunyai  aty dan perasaan jugak. sampai bila aku mampu bertahan dengan berdiam diri? aku juga tidak la petah berbicara, ketika berbicara ada kecundangnya. aku tidak la secantik cantik manusia, tapi cukuplah sempurna dari ciptaan Ilahi. aku tidak la kuat ketika menjalani kehidupan ini, adakalanya tertumbang jua. aku bukan la orang yang sentiasa melakukan sesuatu dengan betul, kadangkala ada jua kesilapanku. aku sedia menerima teguran bagi memperbaiki diri. tapi kenapa tidak kamu? kenapa masih mengatakan yang diri kamu itu betul sedangkan terang terangan orang mengatakan salah. tak salah kan kita menerima pandangan orang lain walaupun kita menganggap pe yang kita lakukan tu betul. semua orang tak perfect. setiap manusia mempunyai pandangan masing masing. tak salah juga kita menerima pandangan mereka. I believe, tujuan mereka mahu terbaik untuk kita.

Ya Allah, jauhkan la aku dari penyakit hati ini, kerana lagi aku simpan lagi banyak yang aku tanggung. kamu, jika kau lihat aku tidak melayan mu dengan baik seperti orang lain, maaf kan aku. aku tidak tahu kenapa aku begitu. mungkin kerana aku telah set kan diri ku. jika perangai buruk yang kau tunjukkan kepada ku, terus aku set kan kau dengan perangai tu. jadi maafkan la aku. aku tak patut begitu sebenarnya. tapi, biar la wajah kita cantik, perangai juga setanding dengan paras yang cantik di anugerahkan Ilahi tu. tak malu kah kamu melihat orang yang tak cantik tetapi perangainya jauh lebih baik dari kamu? hargai la anugerah itu.

kami menegur bukan kerana penyakit di hati, tetapi kami mahu kamu berubah ke arah yang lebih baik. tak kasihan kah kamu kepada ibu dan ayah kamu di kampung? yang menganggap kamu ke arah yang betul ketika merantau di negeri orang ni? pernah kamu terfikir apa perasaan mereka jika mereka tahu apa yang kamu lakukan di sini? tak salah jika ingin bersosial, tapi bagaimana pula jika kamu begitu akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka? kan tak elok begitu. aku tahu kamu bukan begitu sebenarnya, tapi kamu terpengaruh. sudah la kawan, kembali lah. muka cantik tapi law selalu je klua malam sampai pagi pagi buta baru balik, tak guna juga. keluar malam sebab study? ok, kami pun keluar malam sebab study gak, tapi takde pun pagi pagi buta baru balik. kawan, tak elok anak dara klua malam, pagi pagi buta baru balik. kan tak elok dipandang orang

kawan, maafkan aku jika aku tulis begini, maaf jika kamu terbaca dan kamu sakit hati. tapi..aku kasihan, aku sedih bila mendengar orang lain berkata tentang kamu. jika hal baik, Alhamdulillah. tapi sebaliknya?? aku hanya mampu berdiam. jika aku menegur kamu, kamu tidak terima. tapi, apa yang aku mampu buat? maafkan aku dengan layanan aku selama ini. aku hanya mahu kamu berubah..

tak salah untuk berfikir benda yang SUSAH adalah MUDAH, kerana kita akan set kn otak kita benda tu mudah dan tidak berputus asa. tapi, jangan la kita berfikir benda yang PENTING adalah MUDAH, kerana kita akan menganggap benda tu TAK PENTING . . -atika-

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Saturday, April 14, 2012

my FamiLy : In-Smartive

Assalamualaikum.
okay, tiba tiba ary ni rajin nak post blog yang setelah sekian lama membisu. nak tahu sebab apa? sebab blog saya dah berubah baru. haha. tak la cantik sangat. tapi sedang mencuba explore.

Okay, back to my topic : my Family - In-smartive . . What's In-Smartive? In-Smartive ialah "Intelligence, Smart & Creative" nak bagitahu awal awal yang saya SAYANG family ni . sangat sangat sayang ok . kenapa sayang ? nak tahu . ok bace sampai habis . .

saya mula join In-Smartive ni apabila seminggu selepas saya menjejakkan kaki ke alam universiti di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Dua bulan saya di U, tidak join apa apa aktiviti pun. tak tahu la sebab apa. tapi masuk saja ke sem 1, saya nekad akan join salah satu aktiviti dalam kelab ni. ok, first aktiviti saya dan roommates join ialah Projek Kilauan Mutiara SK Air Putih . ok, first experience, best !!!

nak kongsi sikit, pertama kali saya join aktiviti yang dianjurkan oleh kelab in-smartive ni, saya hanya fikir nak merit. tetapi setelah join, saya jatuh hati pada kelab ini. dan sekarang bila orang tanya saya, mengapa join aktiviti ini. jawapan saya bukan lagi sebab nak kumpul merit, tetapi saya ingin membantu anak anak generasi baru dalam pelajaran. saya tidak kaya untuk menyalurkan wang kepada keluarga yang miskin, tetapi cukuplah sekadar membantu mereka dalam pelajaran. InsyaAllah. yang utama hati perlu IKHLAS . .

kepada yang membaca pasti tidak mengerti mengapa. tidak memahami apa yang saya rasa dalam keluarga ini. kerana, jika hanya membaca tidak merasai sendiri kita tidak akan tahu. sebab itu saya sangat sangat sayang keluarga ini. Ahli keluarga ini juga sangat sangat rapat. dalam masa yang sama, di U, saya mempunyai abang akak sahabat and mungkin akan ada bakal adik. InsyaAllah, tak lama lagi apabila pengambilan pelajar diploma baru.

mungkin itu sahaja perkongsian untuk kali ini . . kebahgiaan hadir dari hati yang bersih. InsyaAllah kita semua akan dirahmati oleh Allah swt . .
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Wednesday, April 4, 2012

DI CAMERON BERSAMA FAMILY IN-SMARTIVE


assalamualaikum..
lihat tajuk? yes In-Smartive. I love In-Smartive. sriusly sayang. lihat gambar di atas. ini lah family saya di Universiti Malaysia Pahang. Love them. 3 days 2 night awesome at Cameron Highland. first time datang, haha, sangat sangat jakun. Alhamdulillah, peluang ke cameron highland bersama family tersayang ni. walaupun terpaksa korbankan cuti 4 hari ni. happy ! sangat sangat !

why we come Cameron Highland? saje saje je bercuti. haha. takdenye la. kami datang ke cameron adalah untuk memerah otak mentranformasikan kelab kami. iaitu IN-SMARTIVE tersayang. kenapa saya sayang kelab ni? nak tahu? mari la sama-sama join kelab ni, n anda akan tahu.

setiap kekegembiraan pasti akan ada kesedihan walaupun sedikit. dalam kami gembira, kami mendapat khabar yang sedih. iaitu salah seorang ahli keluarga kami, kak Amirah Abdullah di masukkan ke ICU di hospital Ipoh kerana asma. Ya Allah, terperanjat kami, selama berprogram dia menahan kesakitan. Alhamdulillah, mendapat berita daripada penasihat kami yang kak mira telah pun dimasukkan ke wad biasa. harap cepat sembuh. InsyaAllah..

Terima Kasih Ya Allah, kerana telah memberi pengalaman ini. telah menemukan saya dengan family ini. terima kasih kepada senua berkongsi idea. terima kasih kepada urusetia program ini. terima kasih Pak Long pemilik homestay, terima kasih makanan yang sedap. BBQ yang awesome. pemandangan yang tenang. Terima kasih kepada driver bus yang bawa kami. terima kasih abang abang, kakak kakak n rakan rakan . tak lupa gak terima kasih abang Fakhrol kerana belanje strawberry n jagung, Amir yang belanje strawberry gak. terima kasih semua kerana mengisi hidup ini. terima kasih wan yang sudi mendengar bebelan ku di dalam bus. hehe. I Love my Family !

sedikit gambar yang ingin dikongsi :

kami didalam bus . . perjalanan pulang ke UMP :))


perut kelaparan perlu di isi



morning walk bersama keluarga tersayang .


menanti makanan *muka kelaparan masing masing



walaupun gambarku tiada, tp nk letak gak. sebelum naik ke dalam bus, amboi sempat possing



sebelum sarapan, possing dulu!!!


we are happy family !!
IN-SMARTIVE !!







Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh