Selagi air mata ini mampu ditahan, akan ku tahan daripada mengalir.
Selagi perasaan sakit di hati ini mampu ditahan, akan ku tahan daripada diluah kan keluar.
Selagi mana kepayahan yang datang, akan ku tersenyum sebaik mungkin.
Mencuba menceriakan hari hariku, mrncuba sebaik mungkin, mencuba sesungguh mungkin.
Walaupun air mata ini tidak mampu ditahan lagi, memaksa maksa mahu mengalir, akan kusembunyikan daripada mu.
Sakitnya di dalam hati ini, biarlah pencipta hati yang mengetahui. Jika diluahkan kamu masih juga tidak mengerti.
Hanya mampu melihat kamu, melihat saja apa yang kamu lakukan.
Tapi . . bagaimana tanggungjawabku ? Mampukah aku hanya sekadar melihat ? Hanya sekadar mendengar .
Aku sayangkan kamu . tapi yang pasti kamu tak mengetahui . .
Aku sedih melihat kamu . . tapi apa yang mampu aku lakukan ? Aku hanya mampu berdiam diri . tapi . . jika sesuatu benda yang berlaku kepada kamu, aku akan salahkan diri aku sendiri, kerana tidak menasihati kamu. tapi bila ku cuba, akan ada yang membenci . Apa yang aku mampu ? berdiam . .
Aku tahu kamu sudah besar .
Aku tahu kamu sudah bijak berfikir .
Berfikir lah apa yang terbaik untuk kamu . .
Ingatlah, Allah sentiasa ada untuk orang yang memerlukan .
Kembali lah jika kamu terbabas dalam perjalanan .
Bangkitlah jika kamu tersungkur.
Aku ada untuk menghulurkan tangan . .
Kenapa aku berfikirkan kamu ?
Kamu mahu tahu jawapannya ?
Cukuplah sekadar kamu tahu jawapannya, Aku Sayangkan Kamu .
Aku hanya manusia biasa, yang tidak sempurna dengan segala-segalanya . tapi cukuplah sempurna sebagai ciptaan Ilahi . Aku tidak layak menasihati, tapi aku beringat dengan tanggujawab di beri. Aku akan terus berdiam . Berdiam dan berdiam . Maafkan aku dengan keterlanjuran ku selama ini .
Orang tidak mengenali siapa kita . .
tapi orang boleh mengenali dengan apa yang kita lakukan . .
# Sering aku tertanya, berdosa membuat fitnah, tapi bagaima pula jika orang tu yang membuat sesuatu sehingga menibulkan fitnah ?
#Motivation Untuk Diri Sendiri :))

.jpg)




No comments:
Post a Comment
have a comment? just write here. thank you.