I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Tuesday, December 31, 2013

REVERSIBLE

Jangan tengok orang yang minum arak tu, takkan cium al-quran satu hari nanti .
Jangan tengok orang yang melakukan zina tu, takkan sujud pada ilahi satu hari nanti .
Jangan fikir kita ni yang berada di jalan lurus, akan terus lurus tanpa simpang siur .
Jangan ingat orang yang tiada hala tuju, tiada hati .
Jangan ingat kita yang terangan hala tuju, perlu disanjungi .
Apa guna jika kamu beragama tapi hanya tahu menghina ?
Apa guna jika kamu beragama tapi hanya tahu menyindir ?
Pandang diri . Pandang hati . Buka fikiran .
Jika bukan kamu yang mengajak dia berubah, siapa lagi ?
Pegang tangannya . Pimpinlah dia .
Dia perlukan sokongan sebagai kekuatan .
Bukan hinaan yang terjunam .
Bukan pandangan serong yang menajam .
Percayalah dia lagi kuat dari kamu .
Dia lagi hebat dari kamu .
Bantulah dia bersama kita .
Jalan di jalan yang lurus tanpa berpatah balik mencari simpangan .
Adakah sudah cukup amalan kamu sehingga kan kamu hanya melihat mereka terkapai kapai mencari tujuan ?
Benarlah, tikaman lidah itu lebih pedih dan menyakitkan berbanding tikaman pisau .
Jaga hati . Jaga diri . Jaga Iman .
Berhati hati di dalam setiap percakapan . Kerana mereka ada HATI . seperti kita .


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Tuesday, October 29, 2013

MZ Secret Soap Story


Holaaa :) Akibat kebosanan melanda di dalam office ni #takde keja nak buat , telah mengakibatkan tieka post entry kali ni . Last entry tieka dah janji nak post pasal MZ SECRET SOAP kan ? Okay, memang tajuk entry kali ni . Pernah tak dengar pasal sabun ni ? tieka jumpa sabun ni pun duk google google tanya pakcik google ni ha, produk apa yang boleh hilangkan jerawat . #akibat majlis abang nak dekat . First explore dah jumpa produk ni . Tapi duk search search tempat lain jugak la nak tahu betul ke tak kebersanan sabun ni . Bila dah betul betul yakin, tieka pun apa lagi, login cimb clicks dan bermula lah shopping online . Ok, habis duit . Ni la jadinya apabila hari hari menghadap komputer . Shopping online je la jawabnya . 


Tengok tengok kat page MZ secret soap ni, berkesan dalam masa 3 hari . yeke ? soalan pertama yang terlintas . start pakai sabun ni hari jumaat, Alhamdulillah hari ahad masa tu nampak kurang sedikit jerawat jerawat kat muka . Pakai sabun ni memang best ! sebab dia ada vitamin vitamin yang diperlukan kat muka, kulit muka jadi neutral . kering tidak , berminyak pun tidak . kalau jerawat baru tumbuh, sekejap je dah susut kalau pakai sabun ni . Memang puas hati la !

Sekarang ni, hanya tinggal kesan kesan jerawat je . InsyaAllah akan hilang . Jerawat tumbuh kecil kecil sebelum ni, Alhamdulillah dah takde lagi . I'm Free . .



Kat atas ni muka muka before guna sabun MZ ni . nampak kusam dan berminyak .

Sekarang :


hah! nampak tak perbezaan gambar dulu dan sekarang ? no edit . real picture . picture kat atas ni selepas seminggu pakai sabun MZ . nampak kan ? SO, cepat cepat cuba pakai sabun ni . .memang berkesan !



Picture untuk hari ini . .

Kepada yang berminat nak beli sabun ni . Boleh je contact tieka .
RM75 harga sebenar .
Tapi . .
Harga exclusive hanya RM45 .
Siapa cepat dia dapat . 

Cepat cepat pm tieka dekat fb : Atika salleh

Terbukti BERKESAN !

next entry, insyaAllah nak story pasal kerongsang mutiara sabah . Stay tuned ! Amboi . .

*Senyum perpisahan





Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Sunday, October 20, 2013

Weeding Of the Year My Bro


Setelah sekian lama tersimpan cerita ni, ini lah tiba masanya nak menaip belog nak cerita . #sungguh lambat ! Akibat busy memanjang . . Last week is my brother day . Waa, abang abang and kakak tieka semua dah berkahwin . So, ni tunggu turn tieka pulak lah . InsyaAllah . #Gatal gilaa . tetiba teringat perbualan dengan mak hari tu 

********
Tieka : Wah, mak tiap tiap tahun dapat cucu baru . Tahun depan turn zul pulak :P
Mak : A'ah tahun depan mak dapat cucu baru, menantu baru . 
Tieka : ..........

*Tersenyum malu . .

********

Okay, back to topic . Dah melalut lain dah ni . Tanggal 30 August 2013, my bro ni nikah dulu . Time ni tieka tak dapat nak tengok . Kerja memanggil manggil time ni . Ok terlepas satu hari penting abang tieka . So, last week bersamaan 13 October 2013 buat majlis dekat rumah . #Jauh gila gappp . Masa  majlis ni nak kata busy, tak ada la busy mana pun . Sebab mak pakai catering . So, senang sikit kerja kami . tak ada la terlari lari nanti . 

Before start majlis, tieka teman along pergi rumah mak andam dekat skudai kiri ni untuk bersolek . along je la bersolek . tieka tak . just temankan dan untuk jadi babysitter sekejap jaga si Junna ni . Beberapa minit sebelum majlis start tu memang agak kelam kabut la . Ia la, mak pengantin gi keluar solek . Penyambut tetamu pun ikut . Yang tinggal dekat rumah, kaum kaum lelaki, nenek and termasuk tieka sendiri . Yela, waktu tu kan tengah nak siap siap . Boleh pulak ramai dah datang . Kelam kabut jadinya, call mak berkali kali suruh balik . #Akibat kebisingan mulut nenek . Bila mak balik dari solek , wahh, cantik mak . #Tolong jangan kembang eh mak, ika puji kat sini . 

So, lepas lepas siap, suasana dah okay, tieka snap la picture dekat pelamin . Berangan katanya . Tak sabar la tu . wawawa . 

Gambar tak terang sangat, telefon murah . Lepas tu tieka terberkenan pulak dengan hasil tangan abang ipar tieka ni . serius kreatif . Ramai puji tau !


Haa, Cantik kann? RM350 katanya kalau nak tempah . Gila kreatif abang ipar . Sampai ada yang cakap, untung tieka nanti kalau nak kahwin . Of course lerr . Dapat free . Tieka ada tanya, ada ambil kursus ke belajar semua ni ? My abang ipar jawab , Takda la belajar sendiri . Tanpa ambil kursus pun . Dah anugerah Allah kan bagi abang ipar tieka ni kreatif . Hebat . Cenggini (Y) . 

And last but not least, Gambar gambar untuk tatapan sewaktu majlis hari tu . tengok gambar je la ya . kalau cerita je bosan kang :P

:: Maksu dan Paksu dibuli oleh cucu saudaranya ::

:: Saudara dari Tangkak ::

:: Along dan suaminya(tuan punya badan yang ukir buah tadi) ::

:: Kami . Sementara menunggu pengantin ::

:: Along dan Maksu menggayakan solekan mereka ::

:: Pengantin berarak . Waktu ni tieka and en.someone ikut sekali berarak bawak si kecik Mijan ::

:: Tukang tol yang mengharapkan tol . tapi takdak rupanya ::

:: Abang ipar memulakan langkahnya ::

:: My Brother's Day ::

:: Diserbu oleh anak anak buah ::

:: Family along with pengantin ::

:: Bacaan doa sesampai sahaja penganti di pelamin ::

:: Makcik dan Pakcik tak lepaskan peluang capture pic dengan pengantin ::

:: Kami sekeluarga . Yang kureng takdak c Umaira comel ngan mamanya ::

:: Tieka dan along bersama Junna ::

:: Pic sementara menunggu giliran capture gambar dengan pengantin ::

:: kami membuli pengantin ::

:: Free Style dari kami ::

::Along dan adik iparnya ::

:: Majlis potong kek ::

:: Outdoor time ::

:: Dekat Hutan Bandar ::

:: Amboi ::

:: Penutupan dari pengantin ::

Gambar gambar di atas kredit kepada : Nashan Photographer # sesape berminat boleh contact dia ok !

Inilah memory memory yang tieka nak kongsikan . Thanks kepada Hanis Sofea and Syahirah sebab sudi hadir . Next majlis nanti , Majlis aku pulak ya ;) Thanks juga kepada yang datang . .

Sampai sini saja . . InshaAllah next entry tieka nak cerita pasal MZ Secret Soap yang tieka gunakan sekarang . Amat berkesan . See yaa ! Assalamualaikum



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Friday, October 11, 2013

Dream

Holaaaa :) Wah tetiba semangat gila nak post belog ni . Yelaa, selalu malass gila gila . malas sebab apa? malas nak menaip, okay tu salah satu . Ni tetiba nak post pun sebab, tadi duk berangan angan dalam teksi #cehh, sempat lagi ni. Berangan tentang dream dream tieka . wahh, kalau setakat berangan je buat apa kan, law takde usaha? Dream? Ok, tieka nak jadikan mimpi ini sebagai kenyataan . rasanya boleh tak? InsyaAllah boleh . Dream apa? Okay, tieka list kan :
  • Memiliki kereta sendiri (Memandangkan On My Way mengambil lesen kereta, tu yang excited lebih ^_^ ) 
  • Memiliki sebuah syarikat berkaitan mendevelop web, e.g Web untuk company atau e-commerce bg peniaga online (Ok ni pun On My Way bina . kalau nak usha-usha, boleh gi ke web ni : www.dinikaenterprise.com Tapi under construction lagi la . Ilham datang dari tempat tieka pratikal ni. hehe. Harap berjaya la hendaknya)
  • Memiliki sebuah taska sendiri (Yang ni dream yang dari dulu tieka tanam, disebabkan tahap gila suka bebudak, tieka nak bukak satu taska, yang penuh dengan bebudak nanti . Tapi mungkin dream ni akan terlaksana bila tieka dah kahwin nanti kott . yela, Cita cita nak jadi suri rumah yang berjaya nanti .)
  • Memiliki rumah sendiri (Hahhh, yang ni dah mimpi jauh sangat ni :P InsyaAllah terlaksanan bila semua yang kat atas ni terlaksana jua . Kenapa nak rumah sendiri? Takkan taknak suruh suami je beli nanti? Ok ni untuk masa depan tieka jugak. Bukan mintak, tapi merancang . Kalau lah satu hari nanti suami tinggalkan, sekurang kurangnya ada rumah sendiri, kereta sendiri, syarikat sendiri . tak la jatuh terus ditimpa tangga nanti . adalah juga penyelamat . Tapi harap harap dijauhkan la. Nak kahwin ni sekali je. Ameen.
Okay . Buat masa ni, tu la antara dream dream tieka . tu yang besar besar la . Belum campur lagi dream dream yang kecikk ni . hehe. Biasa ler, selalunya kecik kecik ni tak berfaedah punn. heee, Hanya untuk melepaskan rasa nafsu je . well, Ok la sampai sini sajorh . InsyaAllah sambung nanti :)

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Thursday, October 3, 2013

#Untitled


Holaa, Rasanya dah lama tak update belog ni . Wahh, dah bersawang . Almaklumlah busy la katakan . Sekarang ni busy dengan pratikal, yela, balik balik keja terus tidur . Mana la ada masa nak menaip ke apa . Cuma hari Jumaat je la free kan diri + menahan mata dari mengantuk semata mata nak menghiburkan diri dengan menonton Super Spontan dan Running Man . Okay, tu je la masa yang adoo . 

Sekarang ni rutin hari hari ialah bangun pukul 5 pagi tolong mak sampai la pergi kerja balik pukul 8 malam, then main game sambil tidur . . Sambil tidur? yela, tengah main main tetiba tertidur, bila tersedar sambung main balik . Ok, tu saya. 

And now, Alhamdulillah sedang ambil lesen kereta . Dah dapat lesen L, sedang belajar je sekarang . Dan Alhamdulillah hanya sekali je ujian komputer hari tu . Harap harap nanti ujian JPJ pun sekali je . Aminnn . 

And next week, ada majlis perkahwinan di rumah . Tieka ke yang nak kahwin?? wah wah wah ! Abang tieka la yang nak kahwin . Apa nya tieka yang nak kahwin kan . . 

Pengalaman hampir dua bulan pratikal? Okay, banyak pengalaman yang tieka dapat . macam macam . belajar benda baru yang tak pernah tieka belajar . stress semua ada . Sampai pernah ada rasa nak cepat habis masa untuk pratikal ni pun ada . Ok stress ok . sapa yang cakap kerja bahagian programmer, kerja pejabat ni tak stress . stress gilaa . lebih stress daripada kerja jual nasi lemak . 

Tapi Alhamdulillah, bila dah lama, dah biasa, rasa tu semua hilang . Terima Kasih Ya Allah . putus asa pun dah hilang . And sekarang, rasa semangat lagi adalah . Rasa semangat nak jadi web developer . Kadang kadang terfikir jugak la, boleh ke jadi web developer tapi tak ada degree ? tapi bila semangat kan diri sendiri, yakin, yang kalau kita ada teknik, tak ada degree pun kita boleh jadi web developer . asal kan rajin buat kajian, rajin belajar benda baru . Hopefully, boss ni akan terima tieka untuk terus sambung bekerja di sini . wah tak sangka tahun depan tieka dah nak konvo . PASTI rindu zaman belajar . Kalau sekarang pun dah rindu, ni kan nanti kan? InsyaAllah ada rezeki, panjang umur tieka akan sambung degree ambil part time . belajar sabtu ahad . Lambat? takpe la, sekurang kurangnya tieka masih ada hati lagi nak belajar .. 

Tieka nak kongsikan, kalau ambil field bahagian komputer ni, kita tak belajar tinggi tinggi pun takpe . sebab knowledge yang sebenar dalam field ni adalah di alam pekerjaan . Cuma belajar tu untuk dapatkan basic . Yela la, law tak ada belajar tu, tieka tak akan ada di tempat tieka duduk ni sekarang . Am I right? Alhamdulillah, syukur diberi peluang untuk ceburi bindang yang tak pernah tieka terfikir pun nak cebur . lari jauh sangat cita cita tu. Ok, sekarang fokus untuk cari duit nak kahwin :) InsyaAllah 2 tahun lagi .

Sekarang ni walaupun tieka sibuk pratikal, tieka ada join satu benda ni . selalunya kalau kita guna handphone kita akan gunakan kredit untuk berhubung . Tapi sekarang tieka gunakan phone ni bukan sahaja dapat berhubung dengan orang orang tersayang, tapi dapat kelebihan lagi dengan intensif yang diberi . lagi banyak kita topap, lagi banyak kita dapat . memandangkan selalu guna phone kan . dapat jimat lagi . sebab kalau guna line yang sama akan dapat panggilan dan sms percuma . Simkad apa tu? simkad CLIXSTER la . Modal hanya RM8.90 je tapi boleh menjana pendapatan sehingga beratus ribu . Siapa sangka kan? Peluang ni sesuai untuk semua orang terutamanya PELAJAR, PENGANGGUR, PEKERJA KERAJAAN, PEKERJA SWASTA, SURI RUMAH . semua orang la . Jom Jom kita jana pendapatan pasif ni . hanya gunakan handphone je. lagipun sekarang kan Handphone ni adalah merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan ni. nak dapat maklumat lanjut ? KLIK SINI



 
Moh la sama sama kitaa . .

Okay la sampai sini je coretan . Sambung buat kerja ;) Assalamualaikum !



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Monday, July 1, 2013

Duit Raya


Holaa :) holaa holii diberi nama cikebung cikebung (eh, TERmerepek pula) Rasanya dah lama tak update belog disini . Maaf laa, faham faham la kan bercuti ni . Dekat JB ni susah sikit nak online online ni. Maklumlah broadband takda . Plus money tarak ada . Penganggur terhormat la katakan . Kojenya tido makan tido . Well, masa membesarkan badan :) Kalau dulu duduk di U boleh naik 6 kilo, ni kan duduk di JB kan ? Hari hari makanan terhidang didepan mata . Takkan nak tengok je . heee :P HERBALIFE please come to me ! Rasanya berat ni dah tak tertanggung dah ni . Sabar ya, cari duit dulu ni . . 

Nak cerita tentang pengalaman duduk bercuti ni, rasanya takda apa apa pengalaman pun . Sebab daripada sampai tak ada buat apa apa lagi . Plus mak tieka baru lepas kena curi . Bag mak kena curi, so tak dapat la nak jejalan ke apa kan . Okay, duduk dekat ngan pakwe pun macam duduk kat Pahang ni haa . Sama jee . Sekarang pun, tieka tolong mak je dekat gerai . Okay la tu kan, ada la sikit duit poket . lepaslah nak topap, nak online ni ha . Ingatkan nak kerja part time kat tempat yang buat kuih raya, InsyaAllah kalau ada rezki . Dapat lah juga pengalaman kan . Daripada duduk rumah je kan .

Sebenarnya tieka nak kongsi sikit benda yang tieka baru jumpa ni . Rasanya bolehlah dibuat pakai untuk orang yang nak mula berniaga tapi takda modal . Jadi kumpulkan modal sikit sikit untuk dapatkan pulangan yang besar . Bak kata pepatah sikit sikit lama lama jadi bukit . Program yang tieka temui ni, tak perlukan apa apa modal pun . FREE of charge ! kalau kena tipu pun rasa tak rugi, sebab kita tak keluarkan apa apa duit pun . Mula mula just nak cuba je, TAPI agak terperanjat bila tengok dalam masa seminggu, tieka dah boleh cecah RM20 . gilaaa laaa! ni malas malas dah boleh dapat RM20, kalau rajin agaknya berapa la kan ?? Program apa ni ? ha cer tengok . Klik pada gambar :) 



Hah, nampak tak tajuk dia ? kalau sorang je daftar kita dah boleh dapat RM2 . Mudah kan ? Kalau kita boleh jumpa 100 orang dalam seminggu , dah boleh dapat RM200 . Kalau sebulan ?? Kalau lagi rajin sehari 100 orang , dah boleh dapat RM200 sehari , seminggu RM1400 , Sebulan ?? Tak ke Mudah ?? Just daftar sahaja ! Tak perlukan apa apa modal pun . Duduk depan lappy atau PC selama 2 jam buat iklan , tinggal tunggu orang daftar jee . Lepas dah daftar nak buat apa ? Kalau macam tieka, tieka akan bookmark page tu . Untuk memudahkan nak cari nanti . Tak payah lah nanti nak search search pakcik google . Kan dah senang . BOOKMARK jee :) Lepas tu apa lagi, mulakan iklan!


Selepas sahaja mendaftar dan bookmark page tersebut, bolehlah try yang ni pulak . Ini adalah panduan untuk anda semua . Dapatkan dengan PERCUMA sahaja!! Tonton online di hadapan lappy atau PC anda sendiri . Tieka dah dengar dah dia punya panduan . BAGUS sangat! amat membantu . Yela, kita ni mana lah ada orang coach . So, denga panduan ni, tahulah sikit sikit . klik pada gambar :)




Apa yang perlu buat dekat laman web ni? Just daftar je . Lepas tu perlu verify menggunakan email, Then, dia akan bagi link untuk dengar panduan tu pada tarikh dan masa yang ditetapkan . Link yang diberi sila BOOKMARK untuk memudahkan pencarian . TAK RUGI punn ! Panduan yang diberi sangat bagus .. 


Okaylaa, ni je tieka nak kongsi kali ni . Semoga berguna untuk semua :) Jom try join ! Tak rugi pun sebab tak keluarkan apa apa modal . tieka just nak share je apa yang tieka dapat . Sama sama kumpul duit raya . Kan dah nak raya dah :) Selamat menyambut puasa semua . Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding Ramadhan yang lepas . Ameen . 

Assalamualaikum :)



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Saturday, June 8, 2013

Study Week


Hellooo!! (wah Atika, final minggu depan sempat update belog hari ni ya?) Saja nak release tension japp . Eh ?? study takde la banyak mana pun, tension je lebih . hehe :P Well, Atika tak sedar sedar lagi kan? Result yang gempak datang dari usaha yang gempak! Setakat usaha cikai cikai macam ni ingat boleh dapat result gempak ke Atika ? Sedar oi sedar ! Okayy, daripada duduk beronline berjam jam, baik update belog jap kan? terisi jugakk. Cehh, macam benda berfaedah jee .

Bila tengok classmate lain semua duduk study bagai nak gila, tang aku boleh duduk online jee. Haishh, tak tahu kenapa takde mood yang teramat sangat nak study . tak boleh jadi macam ni . Lagi 3 hari dah nak final, InsyaAllah, dah lama tak struggle ni. ni la akibat dah selalu buat keja last minute. Tu la biasakan diri lagi belajar last minute, buat projek last minute. ohh ya. cakap pasal projek, aku ada satu lagi projek tak siap lagi. okay minggu depan deadline, boleh lagi duduk saja saja kat sini kan.

Apa perancangan aku cuti sebulan lebih ni ? ok, serius takde pape rancangan, ingatkan nak kerja, tapi fikir balik sebulan lebih je, lepas tu nak sambung g pratikal pulak, memang tak la nak kerja . baik rehatkan diri, besarkan badan . Aku akan praktikal 5 August 2013 sehinggalah 17 January 2014. Fuhh, harap dapat buat dengan baik. Ameen. And harap harap dapat terus kerja dekat situ . sebab aku tak plan pun nak sambung belajar . Hati memang ada rasa nak sambung study sebab dengar kawan kawan lain nak sambung, tapi apakan daya, aku bukan orang kaya pun. cukup lah dua tahun setengah ni aku menyusahkan family aku. Aku akan balas balik semua tu . Ikut rancangan kalau aku nak sambung study pun aku akan buat part time je dekat UTM skudai. InsyaAllah ..  Roommate aku cakap baik buat full time je daripada part time membazir masa . Ok, aku ada masalah aku sendiri, aku ada rancangan aku sendiri . Aku tak sanggup nak tengok mak aku susah . Even, dorang cakap cuba pinjam JPA . Tapi, bila tiba masa aku nak balas semua dekat mak aku? Aku tak tahu bila ajal aku sampai . aku takut aku tak sempat nak balas . Sebab tu aku sanggup korban dan terus kerja untuk bantu mak aku. Aku tak sanggup lagi nak tengok mak aku bangun pagi2 buta. tak cukup rehat. ok, aku tak sanggup. tapi kalau aku cakap pun bukan orang akan memahami . Aku pilih jalan ni . 

Satu lagi perancangan aku yang aku tak tahu la ianya akan termakbul atau tak ialah aku nak kahwin tahun depan . Yang ni aku hanya berserah je tentang jodoh . Ianya hanya perancangan. semua pelik kenapa aku nak kahwin awal awal? kenapa taknak sambung degree dulu baru kahwin? Aku ada sebab aku pilih jalan ni. Sampai bila aku nak buat dosa duduk berduaan? Sampai bila aku nak biarkan orang mengata? Kan lebih baik percepatkan. Benda yang baik  bukan? Dah puas ke hidup bebas sebagai single? nanti dah kahwin tak boleh nak enjoy lagi . Jujur aku cakap, aku tak kejar enjoy tu . Kalau dah kahwin macam tak boleh je nak enjoy dengan suami. Kalau dah sekarang pun asyik berdua je, lebih baik kahwin kan? sama je nanti perginya. Lagipun, aku tak sanggup lagi berhubungan macam ni. Aku mahukan ikatan yang sah. Yang HALAL . tapi, semua ini hanya lah rancangan. Allah yang akan menetukan dia adlah jodoh aku atau tidak . Baik bagi DIA, baik juga bagi aku. InsyaAllah, Ameen.

Ok la, nak tulis panjang panjang pun idea dah lari dah ni. Lagipun nak sambung study dah ni . Doakan yang terbaik untuk aku di Final aku ni. Harap aku dapat jawab dengan baik dan memperoleh result yang baik juga. Ameen.

Assalamualaikum :)

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Sunday, June 2, 2013

2 years Anniversary

1 June 2013 (tarikh semalam la sebenarnya) . . Ya Allah dah genap 2 tahun merantau di negeri orang . Alhamdulillah . Masih dapat menghirup udara lagi . 2 tahun . . macam macam memory . memory gembira, memory sedih, memory terluka, memory lawak . Semua akan di pahat di simpan kemas kemas dalam diari buruk ini (HAHA . ayat gah gilaa) * senyum manis *
PAHANG . . Tak pernah terfikir langsung yang akan belajar kat sini . dream nak study kat kedah or penang, sebab teringin sangat nak merantau negeri sana . salah satu sebab, aku tak pernah lagi jejak negeri tu . tu yang teringin sangat tuu . Tapi, Allah dah tentukan jalan aku, aku akan study dekat Universiti Malaysia Pahang(UMP) ni . so, aku terima . Alhamdulillah . Mungkin ada hikmah, ya la duduk pahang ni pun dah rasa jauh ni kan nak duduk utara tu . bersyukur sangat . *teringat zaman sekolah*

Selama dua tahun, bersamaan 4 semester di pahang . fuhhh, macam macam yang dilalui . perasaan bercouple dengan classmate sendiri, gaduh dengan teammate sendiri, membuli teammate sendiri . okayy, semua tu dah dapat rasa . bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada . rasa sedih pun ada . ya la, masa tak dapat nak diulang lagi dah . dah menjadi memory . *lap air mata*

Kalau lah boleh kembali pada waktu dulu, serius aku taknak rasa langsung pengalaman couple ngan classmate sendiri, ya la, sampai sekarang kami tak bertegur . dah putuskan tali persahabatan dah di situ . okay, serikk ! *lupakan* 

Dalam masa ini lah aku kenal dengan macam macam orang . ada yang gaya macam ni . ada yang gaya macam tuu . Ada yang gaya duk pelik . HAHAHA . tapi mereka la yang menceriakan hari hari aku . melihat dorang la buat aku gelak guling guling . tapi yang memeningkan kepala pun ada gakk . tu yang tahan tu . . 

Hah, rasanya kalau cakap mesti tahu kan, sebab aku selalu cerita pasal satu family kat UMP ni yang aku sayang gila gila . In-smartive . serius aku sayang gila family ni . mereka la mengajar erti kehidupan kat UMP ni . dengan gelak ketawa . menghargai sesama sendiri . tapi sayangnya, start dah jadi final year student, aku dah jarang nak join family ni . bukan sebab merajuk ke apa, tapi kesibukkan masa . aku tak dapat nak bagi komitmen . sebab tu terpaksa berdiam diri, mempasifkan diri . . *tetiba rasa sedih*  

Sekarang, hanya tinggal 20 hari je lagi aku akan tinggal kan pahang ni . tak tahu dapat datang sini lagi bila . tunggu la waktu graduate nanti je . rindu burger bakar . rindu shopping baju murah murah . seriusly ! 
Okay, aku ada 3 mini project lagi nak kena selesaikan . Ok FINE! tak tahu nak siapkan macam mana lagi . nak study untuk final lagi . . doakan dapat membahagikan masa dan dapat jawab final dengan baik . InsyaAllah :)











[FRIENDSHIP NEVER END]
*INSYAALLAH*

Assalamualaikum :)



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Tuesday, May 28, 2013

Final Year Project + Gathering with them


Alhamdulillah, selesai sudah benda yang menyakitkan, menstresskan selama 4 bulan ni . senyum manis . Final year student . haha . okay, dah nak masuk 2 tahun maustatin kat bumi Pahang ni . macam macam dugaan, kegembiraan . tapi . yang sedih tak habis lawat lagi Pahang ni . Bila la rasanya nak jejak bumi Pahang ni lagi lepas ni ? masa graduate nanti je laa . 

Okay, tadi baru je settle FYP (Final Year Project) . Alhamdulillah, even macam macam kata yang keluar dari evaluator, bersyukur ianya selesai . Alhamdulillah dapat kuat kan hati dan semangat ni tadi . lepas peristiwa tadi berlaku, serius rasa taknak sambung course computer lagi . tapi, ni kan baru dugaan kecil . kalau ni pun tak dapat nak tanggung, apakan nanti alam pekerjaan . InsyaAllah kuat ! 

Gathering bersama student Diploma Science Computer batch 2011/2012 . Okay korang OHSEMM ! lepas ni dah takde dah nak jumpa lagi . Pasti akan rindu kalian nanti ! ya, pasti rindu . gelak ketawa ! haha serius rinduu . so, nanti kalau nak kahwin jangan lupa JEMPUT tau ! 

4 bulan di sem yang menggetirkan ..  di bulan ni la aku belajar tak tidur malam . belajar menjadi burung hantu . belajar tengok video tutorial sampai termuntak muntah . belajar erti ketahanan jiwa . haha . tapi, dari sini la aku dapat pengalaman "work under pressure" yang akan digunakan waktu keja nanti . dapat kuatkan diri, hati dan mental . dapat melawan stress . Yang penting aku dapat rasakan pengalaman tu . kau ADO ? haha . 

sem ni . banyak sungguh yang aku dapat . sem ni dapat makan burger bakar ! dapat makan baskin robbin (first time) gathering dengan classmate dan roommate . Ya Allah, kekalkan la hubungan kami ini :) selama 4 bulan bersama FYP, terima kasih en.azhar . terima kasih banyak membantu . 

dah nak masuk alam bekerja pulak dah . huhu .


sedikit kenangan :)

| Mereka |

| Rakan gelak di class |

| 3 dara :) |

| Muka nervous |

| Muka selepas settle semua |

| Kami FINAL YEAR student |

Pasti aku akan rindu korang :) Ada jodoh, umur panjang kita jumpa lagi ya !

| Setiap pertemuan pasti akan jumpa perpisahan |

Assalamualaikum :)


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh