I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .
Study Week
Hellooo!! (wah Atika, final minggu depan sempat update belog hari ni ya?) Saja nak release tension japp . Eh ?? study takde la banyak mana pun, tension je lebih . hehe :P Well, Atika tak sedar sedar lagi kan? Result yang gempak datang dari usaha yang gempak! Setakat usaha cikai cikai macam ni ingat boleh dapat result gempak ke Atika ? Sedar oi sedar ! Okayy, daripada duduk beronline berjam jam, baik update belog jap kan? terisi jugakk. Cehh, macam benda berfaedah jee .
Bila tengok classmate lain semua duduk study bagai nak gila, tang aku boleh duduk online jee. Haishh, tak tahu kenapa takde mood yang teramat sangat nak study . tak boleh jadi macam ni . Lagi 3 hari dah nak final, InsyaAllah, dah lama tak struggle ni. ni la akibat dah selalu buat keja last minute. Tu la biasakan diri lagi belajar last minute, buat projek last minute. ohh ya. cakap pasal projek, aku ada satu lagi projek tak siap lagi. okay minggu depan deadline, boleh lagi duduk saja saja kat sini kan.
Apa perancangan aku cuti sebulan lebih ni ? ok, serius takde pape rancangan, ingatkan nak kerja, tapi fikir balik sebulan lebih je, lepas tu nak sambung g pratikal pulak, memang tak la nak kerja . baik rehatkan diri, besarkan badan . Aku akan praktikal 5 August 2013 sehinggalah 17 January 2014. Fuhh, harap dapat buat dengan baik. Ameen. And harap harap dapat terus kerja dekat situ . sebab aku tak plan pun nak sambung belajar . Hati memang ada rasa nak sambung study sebab dengar kawan kawan lain nak sambung, tapi apakan daya, aku bukan orang kaya pun. cukup lah dua tahun setengah ni aku menyusahkan family aku. Aku akan balas balik semua tu . Ikut rancangan kalau aku nak sambung study pun aku akan buat part time je dekat UTM skudai. InsyaAllah .. Roommate aku cakap baik buat full time je daripada part time membazir masa . Ok, aku ada masalah aku sendiri, aku ada rancangan aku sendiri . Aku tak sanggup nak tengok mak aku susah . Even, dorang cakap cuba pinjam JPA . Tapi, bila tiba masa aku nak balas semua dekat mak aku? Aku tak tahu bila ajal aku sampai . aku takut aku tak sempat nak balas . Sebab tu aku sanggup korban dan terus kerja untuk bantu mak aku. Aku tak sanggup lagi nak tengok mak aku bangun pagi2 buta. tak cukup rehat. ok, aku tak sanggup. tapi kalau aku cakap pun bukan orang akan memahami . Aku pilih jalan ni .
Satu lagi perancangan aku yang aku tak tahu la ianya akan termakbul atau tak ialah aku nak kahwin tahun depan . Yang ni aku hanya berserah je tentang jodoh . Ianya hanya perancangan. semua pelik kenapa aku nak kahwin awal awal? kenapa taknak sambung degree dulu baru kahwin? Aku ada sebab aku pilih jalan ni. Sampai bila aku nak buat dosa duduk berduaan? Sampai bila aku nak biarkan orang mengata? Kan lebih baik percepatkan. Benda yang baik bukan? Dah puas ke hidup bebas sebagai single? nanti dah kahwin tak boleh nak enjoy lagi . Jujur aku cakap, aku tak kejar enjoy tu . Kalau dah kahwin macam tak boleh je nak enjoy dengan suami. Kalau dah sekarang pun asyik berdua je, lebih baik kahwin kan? sama je nanti perginya. Lagipun, aku tak sanggup lagi berhubungan macam ni. Aku mahukan ikatan yang sah. Yang HALAL . tapi, semua ini hanya lah rancangan. Allah yang akan menetukan dia adlah jodoh aku atau tidak . Baik bagi DIA, baik juga bagi aku. InsyaAllah, Ameen.
Ok la, nak tulis panjang panjang pun idea dah lari dah ni. Lagipun nak sambung study dah ni . Doakan yang terbaik untuk aku di Final aku ni. Harap aku dapat jawab dengan baik dan memperoleh result yang baik juga. Ameen.
Assalamualaikum :)
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)
No comments:
Post a Comment
have a comment? just write here. thank you.