I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Friday, January 3, 2014

LIFE: Throwback last year 2013

Assalamualaikum !!

2014 . cepat sungguh masa ni berlalu . Dah bertambah 1 kat umur sekarang ni . Dah digelar dewasa . SubhannAllah . Sudah cukupkah amal aku selama 20 tahun ini ? Tepuk dada tanya iman . 

Holaa . tetiba rasa nak berbelogging pulak pepagi ni . Sebelum memerah otak sebentar lagi . Selepas main candy crunch . Sekarang menaip pulak . Rini jumaat yang sepatutnya Johor cuti umum . Tapi company ni maintain cuti sabtu ahad . Tak apa la ia memudahkan kami sebagai pekerja swasta ni nak berurusan dengan kerajaan hari ahad nanti . tak perlu la ambil cuti ke hape . Bijak tak ? 

Alhamdulillah . Rezeki mencurah di awal tahun baru ni . Start 1st January 2014 ritu, tieka dah diterima sebagai permanent staff dekat company wincom ini . bersyukur pada Allah . Walaupun masih belum habis pratikal . Masih belum menerima sijil diploma, boss tieka dah ambil tieka terus bekerja dekat sini . Rezeki melimpah lagi, apabila boss tieka bagi gaji setaraf dengan degree and dia lebihkan lagi gaji yang sepatutnya pekerja baru dapat . Terima kasih boss . Tak sia sia jika kita ikhlas dalam mencari rezeki dan belajar . 

Apabila terkenang kembali bertahun tahun yang lepas, macam tak percaya dah berada dekat tahap ini . Tak percaya yang akan bekerja dalam field ni . Padahal tak pernah langsung terfikir dek otak ni nak cebur bidang ni . Tapi, Allah dah tentukan ni pekerjaan yang akan menjadi rezeki titik peluhku sendiri . Bersyukur sangat sangat . 

Throwback tahun lepas punya cerita . Ingat lagi pada awal awal tahun lepas tieka ada kerja kat sebuah company ni . bekerja sebagai penjual kupon . berpanas panasan berjumpa pelbagai ragam manusia . stress ado , lawak pun ado . Tapi tu la cara mencari rezeki . Bila fikir balik , Allah susahkan pada permulaan dan permudahkan pada akhirnya . Percaya pada Allah . kerana rezki dan nikmat tu datang dari DIA . Kalau masa ni kena kerja di bawah matahari, jalan sana sini, tapi sekarang Allah bagi nikmat hanya duduk di atas kerusi berhadapan komputer dan disejukkan dengan aircond . Apa lagi yang kita nak ? Syukur . 

Last year, kenapa tieka susah payah kerja padahal cuti hanya sebulan ? Sebabnya Allah bagi ujian, laptop tieka rosak . sebab tu Allah nak suruh hambanya berusaha . Jangan duduk malasan dan mengharap saja . Usaha . Alhamdulillah, rezeki Allah bantu tieka mampu kumpul duit untuk beli laptop baru, walaupun harganya takde la mahal mana . Yang penting kita rasa macammana nak cari duit tu . Selama ni tengok orang dapat duit senang je. tapi tak pernah pun nak rasa macam mana nak cari . Benda ni la yang buat tieka lagi matang dalam berbelanja . Susah dan penat mak tieka cari duit . Dengan rezeki Allah bagi sekarang, InsyaAllah taknak susahkan mak lagi .

Projek tahun akhir . Tu tekanan tahun lepas . Bila ingat balik keperitan FYP tuu . Rasa memang taknak sambung belajar lagi . haha . Tekanan yang benar benar menguji kesabaran jiwa . Bayangkan tieka buat project android tanpa belajar dari mana mana lecturer punn . sampai rasa nak termuntah muntah tengok video tutorial . At last, Alhamdulillah dah selesai project tersebut . bersyukur dengan apa yang dah dapat .

After that, tieka ada gap sebulan sebelum start pratikal . Masa tu dah nak dekat bulan puasa . So, memang tak plan pun nak kerja ke hape . Nak rehat duduk rumah je . Tapi kalau dah hari hari duduk rumah, bosan jugak . so, cakaplah dengan mak yang nak kerja part time . tapi kerja yang simple simple je . so, ingat kan nak kerja buat kuih raya je kat kedai cake . dapat pengalaman nanti . Tapi tak ada rezki pun nak kerja buat kuih raya . Tapi Allah yang aturkan . Balik je dari cari kerja kat tempat kedai cake tu, terus dapat call dari boss lama yang dekat Angsana tu offer kerja kat tempat dia jaga lerongsang . Jadi, tanpa banyak fikir teruss setuju . Agak penat jugak lah kerja 12 jam . Tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, dapat la jugak duit tu buat belanja untuk raya . Dapat la bagi mak sikit, nenek sikit, makcik sikit, anak buah sikit, kuih raya sikit. Allah bagi . Syukur . 

3 hari sebelum raya, tieka dah start pratikal dekat company wincom ni . memang penat tahap max la . start pratikal dari pukul 9.00-6.30 . Then, sambung koje kat angsana . Hanya Allah je tahu macammana penatnya . Tapi takpe, sabar . rezeki dari Allah . Okay mula pratikal, sangat sangat bosan . mengantuk semua ada . Dah la mereka dekat sini bila dah buat kerja, duduk fokus je depan PC . sampaikan tieka ni tak pernah pernah main candy crunch dah start main benda alah tu .

So far, okay la kerja dekat company ni. kekadang best, kekadang bosan, kekadang penat, kekadang stress . Part yang best tu adalah every month, boss tieka akan belanjo makannn . Ehh . Tu yang syok tu . huahuahua . Last ingat makang sama dengan mereka ialah pada annual dinner . Kami berannual dinner di KSL. Nama tempat makan tu lupa la pulak . Makang kat situ memang mewah mewah la . Lagi lagi tieka yang tak pernah langsung makan kat hotel . Jakun gilooo . Tempat makang tu sejibik macam hotel . makan buffet . Makan lah sebanyak mana pun . Tapi sayang, tieka ni mana la pandai makan benda pelik pelik . rugi jer . Yang tieka pandai makan, nasi, ayam, cake, ice cream, buah, abc. Tu pandai laa . Kalau bagi itik, sushi, lobster . Alahai benda alah apa tu ? sodap ke? tak boleh telan la hai . Tapi okaylah tempat tu . makanan sedap sedap . *cehh, padahal makan makanan biasa yang ada kat kedai makan cikai je . Dah tu je yang pandai makang . kihkihkih .

Kalau nak cerita satu satu pasal tahun lepas punya cerita, memang lenguh lah jari jemari I . So, jadilah sikit sikit . And now, new year . Tinggalkan segala sakit pahit dan kemanisan yang lepas . Jadikan sebagai kenangan di dalam kehidupan . Alhamdulillah masih boleh menghirup udara lagi . Thanks Allah . Pandang ke hadapan . Dan jangan toleh ke belakang lagi . Benda yang dah berlalu biarkan ianya berlalu .

*Harap maaf jika entry kali ini takdo sebarang gambar . wawawa. Hanya tulisan semata mata . Biasalah update di office . Kang cari gambar banyak banyak nanti persan pulak orang sebelah yang kita ni tak buat kojee . hihi .

Last not least, satu satunya picture untuk entry ni . selamat menghadam quotes yang diberikan ini :)







Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh