Assalamualaikum dunia, Allahu berzaman saya tak menaip di belog ni . Sampai dah jadi bini orang, boleh jadi mak orang dah ni . Tapi belog kesayangan beta ni tak terupdate pun . Apa nak jadi?
Okay perkembangan baru? I'm officially housewife! heaven uolls tak payah pikir pikir pasal kerja . Engko ingat heaven? haha . Bosan tahap dewa, maybe belum ada anak, tu yang bosan tahap dewa duduk dekat rumah . Maybe . Kalau dah anak macam mana la rupanya kan?
Hokayy, ai nak setory pasal my wedding of the year . Bila ai kawen? tarikh keramat ai dipuan kan adalah pada 13 disember 2014 . Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz sah menjadi isteri kepada Muhammad Aizuddin bin Zainal . Kenapa 2 kali lafaz? tu tanya en suami . tak gabra katanya bila akad tertinggal 50 sen pulakk . Ingat ada diskaun?
Ai nikah pada hari yang sama untuk repsesi . Jimat kos katanya . Alhamdulillah segalanya selesai dengan mudah . Thanks Allah permudahkan walaupun masa buat persiapan perkahwinan macam macam terjadi . Tak disangka ai kena denggi sampai duduk kat ICU, koma 2 hari tak sedar diri . Sampai doktor ingat dah kritikal, tapi kuasa Allah ai selamat dan dah kawen dah pun . Nanti pasal macam mana boleh kena denggi ai cerita lain entry okayy, pasal ni entry khas pasal hari wedding ai .

Allahu, apabila muka yang tak pernah diconteng, kini dicontengkan tak ke jadi haru? ok my first time solek solek cenggini . Sumpah, tak mau lagi! Rimas okay rimas . Ai peliklah macam mana la mereka boleh bermakeup makeup ni . Masa tu opening kedai kakak ai, ai join la mereka makeup, okay rasa yang sama . Engko ingat lawo? Muka ai memang tak sesuai makeup ni . 1 jam boleh tahan lagi muka, lepas 1 jam berpeluh peluh muka ai . Memang sah ai tak sesuai makeup . Naseb baik tak tebal . Sampai kakak ai pun cakap ai ni memang tak sesuai makeup . yeah, truee!
Badan ai mok mok jangan ditegooo! Lepas keluo ward ai memang tak berani nak telan suplemen untuk kuruss . Seram doh! so nasiblah badan gini pun gini la daripada masuk ward again . Tak sanggup makkk!
Inilah wajah kesayangan ayah beta, selama ni ai tak pernah tunjuk gambo bapak ai kan .. Inilah satu satunya gambar yang ai ada bersama ayah . Ai hargai :)
Nie pulak gambo satu family aii . Family ai tak besar mana pun . Tapi bolehlah . Alhamdulillah dilahirkan dalam family ni walaupun ada kekurangan . Sokay, campur sikit sikit kelebihan masing masing kan boleh lengkap :)
my new family . Thank you terima ai yang serba kekurangan ni . Tapi ni kakak kakak and anak buah en suami je la . gambo mak pak takde pulakk dalam fone . Maap maap maap .
Sebenarnya, saya la isteri dia :)
Dear husben,
Biar mereka tanya kenapa kita saling memilih,
Hanya kita tahu mengapa kita bersama,
Kerana Allah tahu siapa jodoh kita,
Biar orang melihat macammana keserasian kita,
Kerana hati kita sudah terpaut,
Biar lontaran bebola api sekalipun,
kini aku adalah isterimu,
Bawa aku . Pimpin aku ke syurga ilahi,
Semoga kita sama sama saling melengkapi,
Semoga hubungan ini diredhai :')
~ Officially husband and wife ~
Bawa aku pergi ~~ pacu laju laju lari dari realiti ~~
Doakan kami mom-and-dad-to-be
insyaAllah, one day
rezeki Allah tu luas :')
Thank you membaca, ada masa ai cerita pasal my first time pregnancy . InsyaAllah . .
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)