I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Saturday, May 2, 2015

Denggi Pembawa Makna


Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani . Sementara duduk sorang sorang dalam bilik, husband sibuk tengok bola, baik ai update belog yang tak seberapa ni . sejak sejak jadi housewife ni, rajin benor update belog =='

Seperti yang ai janji sebelum ni, ai nak cerita macam mana ai boleh kena denggi dan boleh sampai duduk ICU yang pada waktu tu nyawa 50-50 jee. Let's start! 

Kejadian terjadi selepas ai hadiri convocation kat pahang tahun lepas . Tarikh ai ingat ingat lupa lah pulakk . Masa tu pergi dengan en suami, mak datang sehari sebelum konvo . Disebabkan ada urusan yang nak diuruskan, so ai and en suami pergi dulu . Jalan jalan lah kat pahang tu dengan ex roomate ai . Tidur kat rumah dia lagi tau ! Jalan jalan kat teluk chempedak . Bawak en suami jalan jalan pahang . .

Habis konvo hari ahad tu terus balik JB walaupun isnin tu ai masih ambil cuti . Hari isnin ai masih sihat, segar bugar . boleh jenjalan lagi . Bila malam tetiba badan menginggil, tulang sakit sakit . Mintak adik belikan air badak and panadol sebab selalu ai kalau telan benda tu demam terus kebah . esok terus sihat .

Tapi, hakikatnya air badak and panadol tak jalan . Pagi pagi sepatutnya pergi tolong mak niaga, badan menggigil lagi dan lagi . So, tak dapat ai tolong mak . Bila waktu nak pergi kerja, ku gagahi jua badan untuk ke kerja . Tapi sayang, badan memang tak larat, rasa bisa bisa . so ambil keputusan untuk cuti lagi . en suami bawa ai pergi klinik . Doktor check, masa tu suhu ai 40'C . Masa tu memang tak fikir apa, nak rehat je . Nak jalan pun dah tak larat . Tapi doktor tak ada cakap apa apa pulak =='

Masuk kereta terus tidur, sampai rumah pun terus tidur sampai tak sentuh apa apa makanan dan minuman . Tanpa sedar, ai tak tahu apa jadi . Sebab dalam gelap ai rasa tangan ai dicucuk jarum, menjerit walaupun perlahan . Bila doktor kejutkan, ai hanya mampu buka mata sekejap dan waktu tu baru sedar ai kat hospital . Ai sedar siapa nama ai, ai kat mana . Last, masa hari khamis petang baru ai sedar . Masa tu baru ai nampak mak, along dan yang lain . Allah rupanya ai koma . Tak sedarkan diri . 

Dekat 2 minggu duduk hospital . seminggu di ICU, seminggu lagi di ward biasa . Masa kat ICU makan muntah makan muntah dah perkara biasa . Yang syok duduk ICU, best sangat layanan nurse! Siap bagi ai tv lagi untuk tengok . Pengalaman la semua doktor kenal ai . Dorang cerita masa ai masuk kecemasan, penuh doktor sekeliling ai check ai . tak tahu sebab apa . 

Alhamdulillah, sekarang ai sihat! siapa sangka diwaktu Allah bagi 50-50 je . Dan Allah masih bagi peluang lagi pada ai untuk hidup . Sampai masa tu lepas 2 minggu kena buat medical check up, doktor siap cakap :
"Hey, u kan atika yang denggi tak sedarkan diri tu? dah sihat dah u sekarang. Jap, ai bawa pergi jumpa boss ai"
Ai pun ikut la . Boss dia pulak cakap
"Oh, u atika yang doktor doktor sibuk bualkan, masa masuk kritikal and now boleh survive"
Yang ai boleh ucapkan, Alhamdulillah . Kuasa Allah . Sebab kebanyakan yang kes macam ai tak koma pun boleh meninggal . Allah masih nak bagi peluang .

So, berhati hati la ya . Jaga kebersihan . Jangan sampai biarkan nyamuk aedes membiak . 

Maaf tak ada gambar :')


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh