I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Wednesday, February 5, 2014

TRAVEL: Chinese New Year Journey


Gong xi Fa Caii !! Selamat Tahun Baru Cina ! Cehh eksaited gilaa . Padahal dah beberapa hari lepas . Eksaited ni akibat cuti panjang larh . Cutinya 4 hari saja, tapi akibat tieka anggap boss ngam dengan tieka tu cuti jadi 5 hari . whuawhua . Suka hati je kan nak bercuti lebih lebih . Ingat ada share keuntungan apa ngan company ni . So, alternatifnya akibat dah ponteng sehari, beli MC la jawabnya . Pertama kali buat kerja jahat ni . Jadinya, diam diam sudah . 

*Check sql server, still not responding .

Di kesempatan ini, sambil menunggu sql server responding kembali, post entry la jawabnyaa . Okay, sebenarnya nak cerita, selama cuti 4 hari ni, eh salah . Selama 5 hari ni apa yang tieka buat . Okay tanpa perancangan punn . Semua orang tanya, cuti ni pergi mana . Jawapannya hanya satu, 'duduk rumah jee' . Sebenar-benarnya mak nak balik kampung, and terang terangan laa tieka perlu duduk rumah tanpa keluar . Sebabnya nenek sakit, so tak boleh lah tinggal kan dia sesorang . Dan juga makcik nak pergi KL . Tapi, hakikatnya kita ni hanya merancang, Allah yang akan tentukan . Mereka tak keluar ke mana mana pun . Soooo boring ler masing masing duduk rumah tak mau keluar jenjalan . 

Hari jumaat tu, en someone pergi mersing . Dengan tak malunya, nak ikut lah mereka pergi mersing, tapi en someone tak bagi ikut, sebabnya kereta tak muat . Sokayy, sabar je laa . Then, tengahari tu call lah dia tanya dah sampai ke belum, dan amat mengejutkan bila dia habaq, "saya eksiden" . Okay, hanya mampu diam je . Tak tahu nak cakap macam mana lagi . Nak dimarah, nak cakap banyak banyak pun tak ada guna . Benda nak jadi . Diam je la . Hanya Allah je tahu apa perasaan yang ada kat dalam hati ni . Belakang kereta hancur teruss, cermin pecah, tayar pecah . Memang banyak gila lah duit nak kena pakai untuk repair . Apa nak buatkan. dugaan Allah . Sabar je laa . So, disebabkan kereta eksiden, tak dapat lah den nak pinjam nyerr . duduk sajorh la kereta tu diam diam kat rumah .

Kebosanan dalam diri ni, jangan cakap lah memang bosan tahap Max wa cakap . Kerja harian, bangun tidur, makan, tengok tv, tidur balik . Memang terbaikk ! Last last en someone nak ambil gak pergi jenjalan hari ahad hari tuu . En someone sampai je tetiba bagitahu mak dia ajak pergi pahang . Ehh ? Eksaited gilaa la gue . Teruss tanya mak minta izin nak ikut . Mak cakap, suruh mak en someone call dulu, so pe lagi, terus suruh bakal mak mertua tieka ni call . And last dapat green light . Weeee *suka keriangan . So, plannya gerak pukul 3 pagi, petang gerak balik jb . Tu yang setuju sebabnya selasa dah naik kojee . Last last gerak dari rumah pukul 6 pagi . well, janji melayu .

Kami pergi guna 3 kereta, storm exora and alza . Nak bawak myvi memang idakk la, dah teruk sakit kereta tu . So dengan baik hati, mak en someone bagi pinjam kereta alza dia . Gembira sakan la kami . Jadinya destinasi pertama kami ialah pergi mersing ambil mak long . Mak long ni ada anak down sindrom sorang, nama dia Aki . Dia duduk kereta kami . Memang meriah la kami melayan karenah dia . Baik baik ngantuk jadi segar bugar dengar keletah dia . Ingat budak kecik je ada keletah . Dia pun adaa tau . Kau Adoo? Jadi, for the first time tieka tak tidur dalam kereta . wawawa . Risau jugak kalau en someone ngantuk nanti ke . Alhamdulillah selamat perjalanan . 

Bila sampai je pahang, eksaited kemain . Tunjuk macam macam tempat dekat en someone . *gelak besar* Rasanya pening jugak kepala dia bila dengar tieka dah start bukak mulut . Tunjuk macam macam tempat . Yang dia lagi pening, tunjuk kedai makan je . *gelak tutup mulut* Okay, tak dinafikan . tieka ni dulo duduk pahang sibuk cari tempat makan yang sedapp je . jenjalan kat lain memang tidak laa . Yela, dah duduk negeri orang cari la tempat makan sodap sodap, nanti dah balik JB balik tak dapat nak merasa lagi . 

Oleh kerana salah jalan, kami terpaksa pusing jauhhh untuk ke kolej wahida . Alahai, sampai meround ke U tieka lagi . Memang tak diam lah mulut ni . Maaflah en someone, terpaksa menadah telinga . Ehh? Sampai je kolej wahida, masing masing serbu tandas . Lupa pulak nak cerita tadi, sebelum kami ke kolej wahida, kami berhenti sebentar di depan masjid pekan . Alaa, masjid yang ada tanah perkuburan tuu . Kami berhenti makan . Family en someone ni, kalau dorang pergi jenjalan dorang lebih prefer bawa makanan dari rumah . Tu yang syoknya . Jimat tu jangan cakap laa . Tieka ni ikut dorang tanpa sehelai duit kertas punn . Sementara tunggu wahida settle kan pemberhentian dia, kami ni duduk duduk laa dekat lobby dia . Pemandu pemandu semua duduk kat kerusi urut . yolaaa, penat tuu . Siap je urusan wahida, kami bergerak ke cherating pula .

-IMPERIA Academy Of Tourism -
- Image by Google -

Selama 2 tahun lebih tieka duduk pahang, tak pernah langsung jejak cherating . And travel ni, apa lagi pergi cherating la . plan nya tak mau mandi . bila dah tengok ombak memukul pantai . Apa lagii . Apa guna datang jauh jauh tak mandi kan . Rugi jee . Jadi lepas salin baju, teruss terjun la gamaknya ! Tapi tieka tak mandi lama sangat pun. yela, en someone drive, kalau lama sangat penat pulak nanti . 



Hah, nampak tak pantai nya? Siapa yang tak tergugat kan . Tu yang semua terjun tu . Aki pun terjun tau . Dari apa yang mak long habaq, Seumur hidup Aki, dia tak pernah mandi laut, dan ini adalah first time . Wahhh, dia pun tergugat tengok pantai ni . Muka gelap ke hape ke, ada semua kisah ? Janji dapat main air woo . 

Selesai memenatkan tubuh badan, kami ke kemaman terengganu . Kami bersinggah sana ke rumah sepupu mak en someone . Rumah dia besarrr . Yela dah kata suami dia kerja petronas . Besarlah rumahnya . After makan makan kami pergi ke pantai penunjuk . Kat pantai ni yang bestnya mempunyai batu batu yang seperti diukir, unik laa . Kalau nak pergi sini, mesti rasa menakjubkan . Kami banyak bergambar dekat sini, tapi disebabkan fon en someone mati sampai sekarang tak hidup, tak dapat la nak upload gambar gambar tu semua . Nak harapkan fon tieka, memang idakk la kan . Tak apa ya, tunggu dah dapat ipong 5 nanti . Banyak gambar gambar tieka capture nanti . 


Nampak tak gambar kat atas, ni lah antara view dekat pantai penunjuk ni . Cantikkan batu-batunya . Indah sungguh ciptaan Allah . Pantai penunjuk ni dekat dengan kampung nelayan . Mungkin nama kampung tu disebabkan pantai pantai ni kebanyakkan nya ada ukiran haiwan haiwan di lautan . Kami tak mandi pun kat sini, Hal ini kerana den tak bawak baju and kami singgah sekejap je . 

After tengok tengok Pantai Penunjuk ni, kami mulakan perjalanan pulang . Bukan terus pulang ke JB, tapi kami ke Mersing . Tidur di rumah mak long . Yela, kalau nak gerak teruss ke JB memang tak larat lah kan . sampai mersing pun dekat pukul 12 malam . Kalau teruskan memang tak tahu la apa jadi . Orang kata lebih baik mencegah . kann ? 

Before balik ke JB, dengan tak rasa bersalah ponteng kerja pun tieka boleh melayan keindahan sungai mersing . Terukk betul . Mula mula budak budak ni la yang pergi tangkap ketam, Dorang ada cakap nak naik bot, naik bot . Then, apa lagi tieka kejut lah en someone sebab nak ikut dorang sekali, mula mula dia kata malas, nak tidur . last last dia yang palinggg over naik bot . nak kata over tak la, sebab dia sorang je berani naik bot tu . Orang laut la katakan . Nampak je ketam, hilang segala penat dia . Okay fine . Mula mula tieka nak ikut naik bot, tapi memandangkan pakai skirt masa tu, memang idakk la nak naik bot kan . 

Selepas makan tengahari, kami pun gerak balik . Makanan jangan cakap laa, sodapppp gila . Rasanya kalau tambah beberapa hari lagi memng naik berkilo kilo berat ni . Yela, ikan, udang semua fresh fresh . Sodappp tidak terkata . Ketam yang en someone cari pun hampir 2 kiloo . Dapat cenggitu je tanpa keluar duit . Jimat tak jimat kan . Lagi lagi en someone ni hantu laut, suka gilaa la kan . Dan kami sampai di JB dekat dekat pukul 7 malam . Sampai sampai je terus cari MC . Terbang RM25 oii . Tak apa la, en someone yang bayar . weee . 

Okay, ini sahaja la cerita travel CNY ni . Journey on 24 hours . Cewahhhh . Terima Kasih en someone sebab sudi bawak makwe awak ni pergi jejalan . Thank so much pada family anda :)

# Sayang pulak dok cerita cerita takde gambar .





Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh