I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .
Life : Masih ada pelangi
Setelah sekian lama tidak menaip di belog yang tak berkunjung ni . Busy + dengan pelbagai yang datang lately ni . Cuma set kan dalam mind, ini semua ujian dari Allah . Allah jadikan begini ada sebab . First seperti post yang lepas, ada ceritakan pasal kereta eksiden . Yes, ujian . Nak buat macam mana kan benda dah jadi, nak dimarah pun memang tak boleh lah . Fikiran ni jangan cakap la, serabut tak hilang . Asyik duk pikir je . Maybe tieka ni akan tua sebelum usia nanti . Asyik fikir je . Kadang kadang tu akan termenung . Besar ujian ni . Tak nafikan, start je niat nak kahwin tahun ni, macam macam ujian datang . Lepas satu, satu yang datang . Tak apa mungkin Allah nak uji adakah kami ni dah betul betul sedia nak dirikan rumahtangga ke tak . Moga kami kuat .
Dan yang terbaru, ujian dunia Allah bagi, atuk pergi menghadap ilahi . Redha . Relakan . Setiap pertemuan pasti akan temui perpisahan . Setiap yang diciptakan akan kembali pada Maha Pencipta bila tiba waktunya . Sungguh janji Allah tu benar dan Ajal Maut, Jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah . Tieka rasa bersyukur amat sangat apabila doa ini dimakbulkan dikala meminta supaya atuk pergi di hadapan tieka . Dan alhamdulillah tieka dapat mengucapkan syahadah di telinganya . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang orang yang soleh . Al-Fatihah .
Selepas kepergian atuk, rezeki arwah mencurah curah . Alhamdulillah . dapatlah buat kenduri uruskan jenazah semua guna duit sumbangan yang diberi . just tambah sedikit je . Alhamdulillah . Kan dah cakap tadi, rezeki tu rahsia Allah . Dan Alhamdulillah, tieka juga dapat tempiasnya kedatangan rezeki tu . Sedekah itu indah . Apa yang kita ada, kita beri dan Allah akan kembalikan dengan ganjaran yang lebih besar . Alhamdulillah, tieka keluarkan sedikit duit untuk kenduri arwah dan pulangannya bulan ni tieka dapat gaji lebih . Bersyukur sangat . so, janganlah takut nak bersedekah walaupun di poket hanya tinggal RM1 .
Banyak lagi benda baru yang tieka dapat selepas kejadian ni . Mematangkan lagi pemikiran untuk berfikir . Selain gaji bertambah sedikit bulan ni, tieka juga dapat job untuk mengajar tuisyen . Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu rezeki padaku . Walaupun bayarannya tak banyak, tapi kira ok la dapat tambah tambah sikit untuk kahwin dan baiki kereta . Kini tanggungjawab bertambah . tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya berjaya . Walaupun tak dapat nak jadi cikgu, dapat jadi cikgu tuisyen pun jadilah . Sekurangnya, ada la sikit saham akhirat nak ditambah tambah nanti . Semoga senang belajar dengan cikgu Atika ya bakal anak muridku . Huahuahua . Ayat gilaa berangan .
See? Setiap ujian ada sebab Allah bagi . Kerana setiap ujian, ada hikmah disebaliknya .
Sabar pengubat luka,
redha penguat hati
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)
No comments:
Post a Comment
have a comment? just write here. thank you.