I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Wednesday, April 30, 2014

Wedding Planning - Part One


Bismillah... Setelah lama tak berupdate belog ni. busy?? ok lebih kepada malasss sebenarnya. Malas nak fikir idea. Malas nak menaip. Oh yaa, introduce my new belog VitaLife, okay that belog most to talking talking plus sharing sharing about health. Jemput singgah ya!! 

Baca tak tajuk kat atas tu?? "Wedding Planning" kelass kau jahh ^_^ Okay akibat kerja office ni memang mudah mengantuk jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk tu, tieka dengan semangatnya menggoogle pasal tema tema perkahwinan. cehh, tetiba? haha. Eksaited uollss.. Memang dah difikirkan dari zaman belajar dedulu lagi kat pahang nak bertemakan MERAH PUTIH. Jadi en someone please tabah menerima ya apa yang direncanakan. kihkihkih..


Entri kali ini tieka nak cerita tentang checklist perkahwinan. Cehhh ==' Okay checklist tu sangat penting okay!! Even my wedding the end of year (lama lagi) tapi eksaitednya makk aii, macam bulan depan je kan nak kahwinnya. Hahahaha. Takpe prepare awal awal sekurangnya nanti tak kelam dek kabut. 

Antara list yang perlu ada di dalam checklist perkahwinan ialah:

KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Prosedur Pernikahan
  • Kursus kahwin (This is most important okay!! takde ni tak kahwin la korang)
  • Mas Kahwin (Okay yang ni ikut negeri korang sendiri okay. kalau kat Johor ni 22.50 jee)
  • Wang Hantaran (Yang ni pulak ditentukan sendiri dari kedua-dua belah pihak dengan persetujuan, Elakkan la mintak banyak sangat ye, takut tertanggung hutang pulak lepas kahwin nanti. Yang mampu je)
  • Surat Akuan Bujang
  • Hubungi & Tempah jurunikah
  • Wali & Saksi dapat dicari dan ditetapkan(Perlu bawa kad pengenalan pada waktu akad nikah)
  • Ujian kesihatan (HIV) di klinik kerajaan
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas (Rasanya tak WAJIB ya. optional)

Busana Pengantin
  • Baju pengantin lelaki
  • Baju pengantin perempuan
  • Baju salinan pengantin lelaki
  • Baju salinan pengantin perempuan
  • Tanjak dan samping
  • Keris
  • Tudung
  • veil
  • Barang kemas
  • Kerongsang 
  • kasut
  • pin
Andaman
  • Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)
  • Tempah juruandam/jurusolek 
  • Pelamin dan aksesorinya
  • Bunga pahar(bunga telur)
  • Bunga mangga
  • Bunga pegang
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • payung
  • inai
Hantaran
  • Tempah pengubah hantaran
  • Sewa dulang hantaran
  • Hiasan dulang
Okayyy, kita cerita sampai sini dulu okay. Ini merupakan keperluan asas bagi pengantin. next entri InsyaAllah untuk checklist lokasi, makanan dan tetamu. Jumpa lagi!! *Nak sambung buat kojee!!



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh