
I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .
Wednesday, March 27, 2013
Keikhlasan

Saturday, March 23, 2013
BlogWalking

Ni screen shoot untuk blog ni. Okayy, Tieka agak minat datang blog ni . sebab apa ? sebab best sangat ! tak percaya ? cuba g blogwalking :) kalau tieka rase down sangat, tieka akan g blog dia lah mencari semangat ! walaupun sekarang dia jarang update blog . Serius rindu kat dia . Kata kata dia banyak menambah semangat
2. BI-IDZNILLAH
Yang ni pulak belog Presiden kelab Tieka . . nampak tak blog dia ? betul betul senyum seindah suria kan ? ceria sokmoo! kat belog dia ni banyak cerita pasal kelab . memori gembira :) baguss betul Inche Presiden ni :) Moh la kite melawat . Pelajar UMP gakk :)
Haaa! Yang ni belog abang Tieka :) bukan lah abang kandung tapi belog abang senior . dia ni mantan presiden kelab . lepak lepak ngan dia memang best la, banyak cerita dia kongsikan termasuk kena gula jangan cakap la kan . Belog dia ni banyak puisi sikit . agak jiwang gak abang tieka ni . hehe . jangan maree :) tapi dalam puisi dia ada la jugak isi tersirat . . Moh la kitee :P
Jujur tieka kata, tieka tak tahu ni belog sape, just follow je. hehe. But tieka rasa dia adalah senior Tieka, belog dia ni pasal ketuhanan la, banyak ilmu agama yang dikongsikan . Alhamdullilah :) Jom kita mencari ilmu dengan belog belog ni .
Okayyy! ni pulak belog subjectmate :) Pendapat + cerita cerita . bila tengok tengok balik sebenarnya ramai coursemate yang ade belog sebenarnya. "subjectmate"? hehe agak la sebab sekali klaz bila subjek sama je. hehe . bedal je la ayat ! Moh Moh blogwalking :) nak tahu cerita pasal UMP jom baca !
Okay tajuk belog panjang gilaa . hehe tak mau marah :P Okay yang ni pun sama gak . dia classmatenye blogger yang atas :) sama sama berbelog . macam cerita di ungkapkan di sini :) Moh la kiteee ..
hah! Yang ni pun kira segolongan dengan mereka yang atas jugak la . dorang class mate, cuma Tieka je klaz lain tapi follow kat blog ? Okay la kan .. hehe . Macam macam cerita ade kat belog ni. Moh dengar cerita cerita dak UMP :P
Hah! Yang ni pulakk my junior punya belog. junior kat skolah dulu. hah, nak denga cerita terkini oh apa yang di lalut kan, moh la ke belog tuan punya belog ni. haha . merepek =,=
10. ApizAziz
Okayy . yang ni belog senior Tieka gakk . Satu kelab ngan dia . banyak jugak la cerita yang dia coretkan . hah, tengok tak screen shoot dia ? semangat UMP tuu! ape lagi blogwalking la kat belog dia . pasti dapat ilmu yang baru :)
yang ni pulak belog sahabat dalam kelab :) rakan seperjuangan waktu di kelab dulu . Banyak gak la cerita cerita dia yang nak dikongsikan bersama :) Moh bace cerita kat beloggg ni . Smileee .
Yang ni pulak nak kata senior, law ikut study kat UMP sama je tahun tapi law ikut umo senior la kot . hehehe :P Macam macam setory ade and story pasal kelab pun ade gak . Moh kite blogwalking belog ni :)
Okayy, ni belog yang terakhir untuk blogwalking kali ni. Belog rasmi kelab insmartive . Okay, ni kelab kesayangan Tieka even sekarang dah jarang or dengan lebih tepat dah tak join apa apa program lagi . rindu suasana keluarga ni. tapi apakan daya, terlalu busy sampai memang takde masa nak join program program ni . plus sayang nak korbankan kelass . . sape2 nak tahu pasal IN-SMARTIVE moh la kite tengok tengok intai intai belog ni .
haaaa, selesai sudah pamerkan belog belog . susunan belog belog di atas tak ikut ranking taw ! takut pulak t ingat ikut ranking. just cerita dulu mana yang rasa ade idea :P So, mai la pakat ramai ramai intai intai belog kat atas . .
Okay la sampai sini je untuk waktu ni . Assalamualaikum :)
Thursday, March 21, 2013
Bidadari Syurga (Bab 1)
Pompompom. Bising betul lah bunyi mercun ni. Menganggu ketenteraman
orang je. Dah macam duduk kat zaman dulu je tengah berperang dunia kedua. Orang
jepun datang Malaysia ke sekarang ni? Ke mereka ni nak rasa sangat duduk dalam
zaman peperangan. Mercun bagai. Tahun baru je pun. Nak sambut meriah bagai.
Cuba kalau Awal Muharram tak nak pulak pergi baca yassin plus doa awal dan akhir tahun dekat masjid sana. Meriah
masing-masing sambut. Aku nak bermuka
buku ni pun tak aman. Apalah nasib.
“Tengah ramai orang buat anak tanpa logo halal”
Hahahaha. Okay aku nak gelak guling-guling baca status budak ni kat facebook. Seribu like lah kalau aku boleh bagi. Happy
new year dher, ni lah masa nak bersuka ria. Amboi, bestnyer hang cakap. Bersuka ria? Bertambah pusing lagi adalah.
Dengan ramai orang. Memang tidaklah aku nak menapak ke dataran semata-mata nak
tengok orang berpelukan bagai. Dengan alasan nak tengok bunga api. Alah, kat
rumah pun boleh nampak lah. Lagi best!
“Dah tak tahu nak tidur lagi ke?”
suara tua menyapa. Adoi! Kan dah kena. Dengan super duper senior pula tu. Tak
sia-sia dah kena marah di awal tahun baru ni. “Eh, mama tak tidur lagi?”
jawabku seperti orang baru bangun tidur. “Mama tak apa kalau tak tidur lagi.
Kamu tu, daripada tadi sibuk beronline je. Tak tahu kenal hari dah pagi ke?”. Hamekkk kau! Kan dah kena bersyarah
pagi-pagi ni dengan Datin Mariana bekas pensyarah plus doctor buku ni. Tu lah tadi sibuk bersyarahkan orang-orang
yang pergi sambut happy new year, hah!
Kan dah kena. “hehe. Sabar la wahai mama ku yang terchenta, sekejap je. Nanti Mar tidur la.” Jawabku sambil membuat
muka manja seperti budak enam tahun meminta aiskrim. Nor Ainul Mardhiah. Cahaya
bidadari syurga. Yang diberikan oleh Dato’ Hisham dan Datin Mariana. Mama
selalu pesan kepada aku dari aku kecil hingga lah sampai sekarang aku sudah
besar panjang supaya biarlah peribadiku setanding dengan nama yang telah
diberi. Aku ingat sampai bila-bila.
“Sudah-sudahlah tu sayang,
pergilah tidur. Facebook tu tak lari
pun. Ada saja.” Kata mama seboleh-boleh suruh aku tidur. “Jap ma jap. Jap lagi Mar
tidur la. Nak menyambut tahun baru ni.” Sengih. “Sambut?” mama terbeliakkan
matanya. Habislah kalau mama dah buat macam tu. Baik-baik macam ni orang tidur
lena aku kena ceramah free sebanyak
10 judul. Hamekk kau nak sangat kan Mar.
Padan muka hang!. Mama dah start dah dengan hujahnya. Mama dulu
pernah menjadi ceramah bebas sekejap. Memang kalah la kalau nak sangkal apa
yang dia kata kan. Papa! Mana pula papa ni. Kalau time time macam ni papa dating mesti aku akan terselamat. My hero, please come here now! Save me! Aku
hanya boleh sengih je sambil tayang gigi ku yang putih lagi bersih ini. Dah
macam iklan darlie dah. Mama masih
tak habis lagi. Aku rasa satu bab pun tak habis lagi ni. Papa! Cepatlah
selamatkan Mar.
“Apa yang bising-bising
malam-malam ni?” yes! Tu dia, my superhero dah coming. Sayang papa. Jap lagi mama akan berhenti. “Ni lah anak
awak ni sibuk nak menyambut tahun baru. Dah dipesan jangan sambut. Boleh lagi
cakap nak sambut” huh. Meletus sudah bom mama. Tu lah Mar salah cakap lagi. Kan
dah kena. “Budak tu kan main-main. Dia ada kat sini sekarang. Lainlah kalau dia
pergi sambut kat luar sana” yes! Papa
backup. Suka suka. Entah mama ni, aku
cakap je yang nak sambut bukan aku sambut pun. Saja suka suka. Tapi nilah
padahnya terpaksa menandah telinga mendengar ceramah free di pagi hari ni. Tak sia-sia Mar. Tiba-tiba aku teringat lima
tahun yang lepas. Dimana aku bersungguh-sungguh memujuk mama mahu pergi ke
dataran untuk melihat bunga api ajakan dari rakan sekolah. Mula lah di situ
mama betul-betul hangin bila dengar
permintaan aku itu. Dia betul-betul tak amalkan kepada anak dia untuk menyambut
tahun baru. Kerana takut ada benda tak elok akan berlaku. Start tu aku memang dah tak berani nak menerbitkan niat ingin
menyambut tahun baru. Mana tak meletus bom nanti. Sibuk nak tengok bunga api
kat luar sana, tiba-tiba bom kat rumah pula meletup, bahaya-bahaya.
Datin Mariana. Seorang ibu yang
sangat superb, aku bangga dapat mama
macam Datin Dr.Mariana ni. Walaupun mama bergelar datin tapi dia tetap juga
bekerja sebagai pensyarah di universiti aku belajar sekarang. Tapi dahulu lah.
Kalau sekarang masih mengajar memang aku tak belajar dekat universiti itu. Mama
seorang yang sangat penyayang tapi agak tegas dalam merealisasikan kehidupan
seharian. Papa lah orang yang selalu backup
kami. Tapi, walaupun mama garang kami tetap rapat dengan mama juga. Kerana
mama seorang yang sangat memahami. Dato Hisham. Seorang usahawan yang Berjaya.
Papa sangat minat dalam dunia perniagaan sejak remaja lagi. Tapi sayangnya
minatnya itu tak turun kepada kami sebagai anak pun. Along sekarang tengah
sibuk buat medic, aku pula tengah
berusaha menjadi engineer tak ada
seorang pun mengikut jejak papa. Jejak mama? Mama seorang pensyarah matematik
yang sangat hebat. Tanya jelah soalan kira-kira of course dia dapat jawab. Aku bangga dapat family macam ni.
“Nor Ainul Mardhiah, pergi tidur
sekarang. Mama tak mahu lihat Mar duduk depan komputer riba ni lagi. Esok awak
nak balik kampus kan? Tidur sekarang.” Arahan mama tanpa boleh ditolak tambah
bahagi lagi. Bila mama dah cakap macam tu, perlu diturut. Mama memang akan
melayan aku seperti budak berumur 10 tahun. Memaksa, mengongkong. Tapi aku tak
kisah jika itu untuk kebaikan aku. Pernah juga rasa rimas, tapi bila papa dah
buka mukadimah terpaksa biasakan diri. Aku pun hanya seperti lembu dicucuk
hidung menurut arahan mama. “good night
mama, papa.” Sambil mencium tangan mereka dan mengucup pipi mama.
Tahun baru. Aku mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah. Tu pun atas desakan mama suruh aku pulang
kerana takut aku akan sambut tahun baru di sana. Memang tiap-tiap tahun mama
akan pastikan anak-anak dia tak bersosial waktu-waktu begini. Tapi along tak
disuruhnya pula balik. Mungkin sebab along lelaki kot. Ikut je lah Mar. Demi
membahgiakan hati seorang ibu. Esok, aku akan pulang ke kampus. Nasib baik dari
rumah ke kampus hanya mengambil masa 3 jam saja. Tak ada lah nanti aku penat
duduk dalam bas je.
“Tak pernahkah kau sadari, akulah yang kau sakiti. Engkau pergi dengan
janjimu yang telah kau ingkari ~~” Aduh siapa pula yang call pagi-pagi buta ni. Menganggu kententeraman awam betul lah.
Baru tadi kena peluru Israel. Sekarang sibuk pula ada media yang call ni. Cepat betul berita tersebar
luas. Ammar. Eh, apa pulak mamat ni nak call
pagi-pagi buta ni. Menyibuk betul lah mamat ni. Nanti tak jawab sampai ke
subuh di callnya.
“Hello, assalamualaikum.” Terdengar suara Ammar di corong telefon.
“Waalaikumsalam” jawabku malas. “Ainul buat apa?” Tanya Ammar dengan nada yang
agak keperihatinan. Geli aku dengar. Eh, mamat sorang ni kalau tak kacau hidup
aku tak sah ke? “Tengah berjogging ni
ha. Apa hal call?” Tanyaku sambil
menjulingkan mata. “Eh, jogging?”
Tanya dia hairan. Eh mamat ni betul lah, pembaris betul. “Ni malam malam buta
ni telefon menganggu anak dara orang ni kenapa?” Haru betul mamat ni, tak faham
faham. “Ainul tak pergi sambut tahun baru ke?” ekk? Perlu ke tanya aku soalan tu? “Ammar, Ainul sekarang di rumah
memang tak lah nak menyambut tahun baru bagai tu” Ammar diam. “Eh, Ainul balik?
Tak bagitahu pun” Apekehal pulak aku
nak bagitahu dia pulak? Parah budak
ni. “Kenapa pula nak bagitahu? Wajib ke?” Naik pelik aku budak ni. Ammar Ammar,
tak ganggu hidup aku tak boleh ke? Hampir setengah jam berbual di telefon,
sakit telinga aku ni ha. Ni pun dengan amaran tegas dikeluarkan nak tidur baru
lah dia matikan panggilan, kalau tak memang nak kena maki mamat ni. Esok? Kembali
ke U? Hmmm…
**********
Monday, March 18, 2013
Independence

Friday, March 1, 2013
Ketat ke Longgar

Subscribe to:
Comments (Atom)

















