I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Thursday, March 21, 2013

Bidadari Syurga (Bab 1)


Pompompom. Bising betul lah bunyi mercun ni. Menganggu ketenteraman orang je. Dah macam duduk kat zaman dulu je tengah berperang dunia kedua. Orang jepun datang Malaysia ke sekarang ni? Ke mereka ni nak rasa sangat duduk dalam zaman peperangan. Mercun bagai. Tahun baru je pun. Nak sambut meriah bagai. Cuba kalau Awal Muharram tak nak pulak pergi baca yassin plus doa awal dan akhir tahun dekat masjid sana. Meriah masing-masing sambut. Aku nak bermuka buku ni pun tak aman. Apalah nasib.

Tengah ramai orang buat anak tanpa logo halal”

Hahahaha. Okay aku nak gelak guling-guling baca status budak ni kat facebook. Seribu like lah kalau aku boleh bagi. Happy new year dher, ni lah masa nak bersuka ria. Amboi, bestnyer hang cakap. Bersuka ria? Bertambah pusing lagi adalah. Dengan ramai orang. Memang tidaklah aku nak menapak ke dataran semata-mata nak tengok orang berpelukan bagai. Dengan alasan nak tengok bunga api. Alah, kat rumah pun boleh nampak lah. Lagi best!

“Dah tak tahu nak tidur lagi ke?” suara tua menyapa. Adoi! Kan dah kena. Dengan super duper senior pula tu. Tak sia-sia dah kena marah di awal tahun baru ni. “Eh, mama tak tidur lagi?” jawabku seperti orang baru bangun tidur. “Mama tak apa kalau tak tidur lagi. Kamu tu, daripada tadi sibuk beronline  je. Tak tahu kenal hari dah pagi ke?”. Hamekkk kau! Kan dah kena bersyarah pagi-pagi ni dengan Datin Mariana bekas pensyarah plus doctor buku ni. Tu lah tadi sibuk bersyarahkan orang-orang yang pergi sambut happy new year, hah! Kan dah kena. “hehe. Sabar la wahai mama ku yang terchenta, sekejap je. Nanti Mar tidur la.” Jawabku sambil membuat muka manja seperti budak enam tahun meminta aiskrim. Nor Ainul Mardhiah. Cahaya bidadari syurga. Yang diberikan oleh Dato’ Hisham dan Datin Mariana. Mama selalu pesan kepada aku dari aku kecil hingga lah sampai sekarang aku sudah besar panjang supaya biarlah peribadiku setanding dengan nama yang telah diberi. Aku ingat sampai bila-bila.

“Sudah-sudahlah tu sayang, pergilah tidur. Facebook tu tak lari pun. Ada saja.” Kata mama seboleh-boleh suruh aku tidur. “Jap ma jap. Jap lagi Mar tidur la. Nak menyambut tahun baru ni.” Sengih. “Sambut?” mama terbeliakkan matanya. Habislah kalau mama dah buat macam tu. Baik-baik macam ni orang tidur lena aku kena ceramah free sebanyak 10 judul. Hamekk kau nak sangat kan Mar. Padan muka hang!. Mama dah start dah dengan hujahnya. Mama dulu pernah menjadi ceramah bebas sekejap. Memang kalah la kalau nak sangkal apa yang dia kata kan. Papa! Mana pula papa ni. Kalau time time macam ni papa dating mesti aku akan terselamat. My hero, please come here now! Save me! Aku hanya boleh sengih je sambil tayang gigi ku yang putih lagi bersih ini. Dah macam iklan darlie dah. Mama masih tak habis lagi. Aku rasa satu bab pun tak habis lagi ni. Papa! Cepatlah selamatkan Mar.

“Apa yang bising-bising malam-malam ni?” yes! Tu dia, my superhero dah coming. Sayang papa. Jap lagi mama akan berhenti. “Ni lah anak awak ni sibuk nak menyambut tahun baru. Dah dipesan jangan sambut. Boleh lagi cakap nak sambut” huh. Meletus sudah bom mama. Tu lah Mar salah cakap lagi. Kan dah kena. “Budak tu kan main-main. Dia ada kat sini sekarang. Lainlah kalau dia pergi sambut kat luar sana” yes! Papa backup. Suka suka. Entah mama ni, aku cakap je yang nak sambut bukan aku sambut pun. Saja suka suka. Tapi nilah padahnya terpaksa menandah telinga mendengar ceramah free di pagi hari ni. Tak sia-sia Mar. Tiba-tiba aku teringat lima tahun yang lepas. Dimana aku bersungguh-sungguh memujuk mama mahu pergi ke dataran untuk melihat bunga api ajakan dari rakan sekolah. Mula lah di situ mama betul-betul hangin bila dengar permintaan aku itu. Dia betul-betul tak amalkan kepada anak dia untuk menyambut tahun baru. Kerana takut ada benda tak elok akan berlaku. Start tu aku memang dah tak berani nak menerbitkan niat ingin menyambut tahun baru. Mana tak meletus bom nanti. Sibuk nak tengok bunga api kat luar sana, tiba-tiba bom kat rumah pula meletup, bahaya-bahaya.

Datin Mariana. Seorang ibu yang sangat superb, aku bangga dapat mama macam Datin Dr.Mariana ni. Walaupun mama bergelar datin tapi dia tetap juga bekerja sebagai pensyarah di universiti aku belajar sekarang. Tapi dahulu lah. Kalau sekarang masih mengajar memang aku tak belajar dekat universiti itu. Mama seorang yang sangat penyayang tapi agak tegas dalam merealisasikan kehidupan seharian. Papa lah orang yang selalu backup kami. Tapi, walaupun mama garang kami tetap rapat dengan mama juga. Kerana mama seorang yang sangat memahami. Dato Hisham. Seorang usahawan yang Berjaya. Papa sangat minat dalam dunia perniagaan sejak remaja lagi. Tapi sayangnya minatnya itu tak turun kepada kami sebagai anak pun. Along sekarang tengah sibuk buat medic, aku pula tengah berusaha menjadi engineer tak ada seorang pun mengikut jejak papa. Jejak mama? Mama seorang pensyarah matematik yang sangat hebat. Tanya jelah soalan kira-kira of course dia dapat jawab. Aku bangga dapat family macam ni.

“Nor Ainul Mardhiah, pergi tidur sekarang. Mama tak mahu lihat Mar duduk depan komputer riba ni lagi. Esok awak nak balik kampus kan? Tidur sekarang.” Arahan mama tanpa boleh ditolak tambah bahagi lagi. Bila mama dah cakap macam tu, perlu diturut. Mama memang akan melayan aku seperti budak berumur 10 tahun. Memaksa, mengongkong. Tapi aku tak kisah jika itu untuk kebaikan aku. Pernah juga rasa rimas, tapi bila papa dah buka mukadimah terpaksa biasakan diri. Aku pun hanya seperti lembu dicucuk hidung menurut arahan mama. “good night mama, papa.” Sambil mencium tangan mereka dan mengucup pipi mama.
Tahun baru. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Tu pun atas desakan mama suruh aku pulang kerana takut aku akan sambut tahun baru di sana. Memang tiap-tiap tahun mama akan pastikan anak-anak dia tak bersosial waktu-waktu begini. Tapi along tak disuruhnya pula balik. Mungkin sebab along lelaki kot. Ikut je lah Mar. Demi membahgiakan hati seorang ibu. Esok, aku akan pulang ke kampus. Nasib baik dari rumah ke kampus hanya mengambil masa 3 jam saja. Tak ada lah nanti aku penat duduk dalam bas je.

“Tak pernahkah kau sadari, akulah yang kau sakiti. Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari ~~”  Aduh siapa pula yang call pagi-pagi buta ni. Menganggu kententeraman awam betul lah. Baru tadi kena peluru Israel. Sekarang sibuk pula ada media yang call ni. Cepat betul berita tersebar luas. Ammar. Eh, apa pulak mamat ni nak call pagi-pagi buta ni. Menyibuk betul lah mamat ni. Nanti tak jawab sampai ke subuh di callnya.

Hello, assalamualaikum.” Terdengar suara Ammar di corong telefon. “Waalaikumsalam” jawabku malas. “Ainul buat apa?” Tanya Ammar dengan nada yang agak keperihatinan. Geli aku dengar. Eh, mamat sorang ni kalau tak kacau hidup aku tak sah ke? “Tengah berjogging ni ha. Apa hal call?” Tanyaku sambil menjulingkan mata. “Eh, jogging?” Tanya dia hairan. Eh mamat ni betul lah, pembaris betul. “Ni malam malam buta ni telefon menganggu anak dara orang ni kenapa?” Haru betul mamat ni, tak faham faham. “Ainul tak pergi sambut tahun baru ke?” ekk? Perlu ke tanya aku soalan tu? “Ammar, Ainul sekarang di rumah memang tak lah nak menyambut tahun baru bagai tu” Ammar diam. “Eh, Ainul balik? Tak bagitahu pun” Apekehal pulak aku nak bagitahu dia pulak? Parah budak ni. “Kenapa pula nak bagitahu? Wajib ke?” Naik pelik aku budak ni. Ammar Ammar, tak ganggu hidup aku tak boleh ke? Hampir setengah jam berbual di telefon, sakit telinga aku ni ha. Ni pun dengan amaran tegas dikeluarkan nak tidur baru lah dia matikan panggilan, kalau tak memang nak kena maki mamat ni. Esok? Kembali ke U? Hmmm…

**********

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh