I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Friday, March 1, 2013

Ketat ke Longgar

Hai! Hello! Sawadikap! Vanakam! Tohsann! Apa Kaba semua ? Semoga sihat semuanya :) InsyaAllah . tetiba mood datang pulak nak post entry di petang petang hari ni . dah dua minggu kat UMP ni :) tapi mood study masih lagi tak kunjung tiba . rasa bagaikan masih bercuti . haiyaaa ! dan, dah dua minggu jugak lah sakit kepala tak hilang hilang, oleh kerana itu lah tiada mood study .. 

hari ni tetiba tieka rasa nak cerita pengalaman tieka bagaimana tieka bermula memakai baju longgar dan labuh . first, tieka start pakai baju macam tu sebab badan tieka ni dah membesar sehinggakan dapat dilihat lemak lemak berlebihan :) (biasalah dah meningkat dewasa) haha :D Okay sebenarnya, tieka ni bukan lah baik sangat . tapi tak salahkan kalau nak berkongsi cerita pada di luar sana. srius, tieka bukanlah gadis muslimah yang patut dicontohi. but I'll try to change :) Tieka berasal daripada Johor Bahru . okay sape tak kenal kan gadis JB yang seperti budak2 KL . entertainment yang menjadi utama . tieka tak pernah salahkan diri tieka kenapa di lahirkan di JB, tak pernah salahkan negeri tieka sendiri . and I know many people talk bad about JB . but ade tieka kesah ? JB teruk ? tak bermakna orangnya terukkan ? dalam segolongan lembu yang hitam pasti ade terselit lembuh putih even hanya sekor . (perumpamaan apakah?)  okay, kembali kepada topik, di JB nak jumpa orang yang berpakaian longgar and labuh memang susah lah. ada memang ada, tapi susah nak jumpa . mungkin kerana persekitaran tieka terikut ikut berpakaian ketat . 

Apabila tieka masuk UMP, okay tieka rasa seperti biasa je . nak kata culture shock tak kot, sebab tieka dah biasa dengan persekitaran yang seperti agak bandar even UMP ni agak hutan sikit . tieka dah pernah berdamping dengan orang yang paling teruk akidahnya hinggalah tahap hampir satu akidahnya . but, Alhamdulillah hingga kini tika masih berpegang pada landasannya . (tapi tieka tak layak nak menilai) 

Bila di UMP ni tieka sering jumpa akak akak bertudung labuh, berpakaian longgar . comel molek je tengok diorang . memang tak tipulah pernah terdetik nak berpakaian macam dorang . tapi hati ni belum diketuk lagi . 
pemakaian tudung tu jangan cakap la, kalau boleh naik lagi, dah naik kan. but, satu hari tieka ditegur oleh en.someone "boleh tak tudung tu ke bawahkan ? kalau pakai macam ni lebih baik tak payah pakai tudung" okayy ! sentap gilaaa plus malu tahap bangunan KLCC . . yela, lelaki yang tegur !! sape yang tak malukan ? and start tu tieka terfikir . betul jugak yang dikatakan oleh en.someone tuu . kita tidak diwajibkan memakai tudung tapi kita diwajibkan menutup aurat . kalau dah pakai macam tu serupa tak payah pakai tudung kan . start tu tieka tukar cara pemakaian tudung . ut belum lagi lah start nak pakai tudung bidang 50. tieka kena banyak belajar lagi .

nak berubah tu senang, tapi nak istiqomah tu tak semudah nak berubah

Oleh itu, tieka mahu berubah sedikit demi sedikit . tak mahu telalu drastik sehingga tak dapat nak mengenali perubahan . InsyaAllah . . bila pakai baju, tetiba tieka rasa ketat plus tak selesa. so, start tu tieka tekad nak cari baju muslimah . Baju muslimah ? mana nak jumpa kat JB ni ? dah satu JB tieka round tapi tak pernah jumpa pun . but, Alhamdulillah satu hari tu tieka terjumpa satu kedai yang menjual aju muslimah. Apa lagi belilah . Dan, tieka start belajar pakai blouse . okay, kalau dulu memang payah la nak tengok tieka pakai blouse, sikit sikit t-shirt. but now, Alhamdulillah berubah keperempuanan :) 

After that, tieka start mengaplikasikan blouse dan t-shirt muslimah . Alhamdulillah buat masa ni . and tu la sedikit story bagaimana berubah pakai baju longgar n labuh . thanks Allah sebab ketuk pintu hati tieka unuk sanggup berubah memakai pakaian yang tieka tak pernah pakai dahulu. and know, InsyaAllah nak aplikasikan pemakaian stoking . doakan tieka :)

Assalamualaikum . .


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

No comments:

Post a Comment

have a comment? just write here. thank you.

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh