I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .
Keikhlasan
Hai, Hello :) Di petang yang indah ni #cehhhh# tetiba je ade mud lak nak berblogging. pandang sekeliling kat bilik ni semua tidoo, Alahai . Tadi Tieka yang sibuk tidoo ni mereka pulakk -.- Dugaan dugaan . Kali ni kan, tieka nak habaq pasai "keikhlasan" apa yang tieka paham pasal keikhlasan ? bagi tieka ikhlas kite tak boleh nak menilai. kite tak boleh nak pastikan betul betul ke kite ni ikhlas. hanya satu. ya, DIA yang boleh menilai sama ada kite iklas ke tak . yela, pernah tak kite tersedar di waktu kite melakukan sesuatu tu sebab terpaksa, contohnyaaa, buat assignment last minute masa deadline betul2 nak tiba. Ikhlaskah kite atau hanya terpaksa . Think ..
Berminggu yang lepas tieka ade join softskills yang pada mulanya "terpaksa" pergi hanya kerana ia subject WAJIB HADIR . tapi bila fikir balik, kerana terpaksa tu la banyak ilmu yang Tieka dapat . Alhamdullilah . tapi tieka tahu ianya tak dinamakan ikhlas. tieka teringat ayat seorang sahabat a.k.a classmate waktu softskills tu .
"Ikhlas terbahagi kepada tiga:
1. Ikhlas tahap seorang hamba, melakukan sesuatu perkara tu hanyalah kerana takut.
2. Ikhlas tahap seorang pedagang, melakukan sesuatu perkara tu hanyalah kerana ingin mendapatkan balasan.
3. Ikhlas tahap seorang kekasih, lakukan sesuatu perkara tu kerana cinta kan Allah"
Daripada ketiga tiga tu, tieka sedar tieka hanya memiliki ikhlas yang pertama dan kedua . ihklas yang ketiga ? tieka sedar tieka belum memilikinya lagi dan tika MAHU memilikinya. InsyaAllah . #Diam, berfikir.
Kadang kadang tu tieka terfikir la jugak kan, adakah selama ni apa yang tieka lakukan ikhlas atau tidak ? kalau orang tanya, mestilah jawab ikhlas kan. tapii macammana pulak tetiba terdetik kat hati ni rasa nak mengungkit? rasa terpaksa? cukup ikhlas ke tu ? #perbaiki diri# Bila fikir fikir balik, tieka belum cukup ikhlas . But I'll try to change . InsyaAllah . tapi sebenarnya kite boleh tahu jugak la sebenarnya ikhlas atau tidak . okayy bley try ni :
- Apabila kite melakukan sesuatu, kite mendapat hasil, kite berpuas hati *ok tu ikhlas*
-Apabila kite melakukan sesuatu, kite rasa gembira teramat sangat sehingga mengalir air mata *ok tu ikhlas*
-Apabila kite melakukan sesuatau, kite rasa ringan je, mudah je nak buat *ok tu ikhlas*
bagi tieka la, tapi tieka tak layak nak menilai. DIA yang berhak . cuma tu tandanya kite ikhlas. tapi jangan pulak bila tersedar diri ite ikhlas, kite riak pulak. tu dah kelain dah tu .
Marilah kite bersama sama ikhlas :) InsyaAllah ada hikmahnya kenapa kite kena ikhlas .
"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian ."
:: Jika dalam melakukan sesuatu, korang rasa berat sangat, rasa payah sangat, tenangkan hati dengan zikrullah, betulkan niat kembali dan teruskan kembali perkara itu . InsyaAllah, niat yang betul menghasilkan keikhlasan di dalam perbuatan . .
< Bersama sama melakukan perubahan >
Salam keikhlasan :)
Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)
No comments:
Post a Comment
have a comment? just write here. thank you.