I'm sInGLe buT my HeaRT wAs TaKeN By SoMe ONe tHat I LoVe VeRy muCH ! OnLy HiM . .


KLIK SINI!!

http://picasion.com

Wednesday, August 13, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Bismillahirahmanirahim..Dah lama rasanya tak mengomel di belog kecil ni. Hal kerana pelbagai peristiwa datang dan pergi. Alhamdulillah i'm still alive now. Terbuka hati nak menaip sebentar di papan kekunci pada hari ni, nak share something yang tieka dapat dari fb. Know what, belog Denaihati ada buat satu contest kepada para blogger pasal iPhone 5s... iPhone 5s tuuuu. 


Cakap pasal iPhone 5s ni, macam nak cerita la pulak mengenai peristiwa lepas. Peristiwa yang memang tidak akan tieka lupakan. Seriusly. How feel jika u all memang dream nak memiliki telefon tu, dan dah dapatkan dengan susah payah, the end boleh hilang akibat tercicir macam tu je? Dah la tak sampai setahun lagi pakai iphone 5s tu. sedih amattt! and that's why i join contest ni sekarang. Mana tahu rezeki. Ehh?? I'll try ^_^

Kenapa tieka minat habis dengan iPhone 5s ni? Actually I really really like okayy! Tak nafikan, ada setengah orang yang pakai iphone lepas tu jual dengan orang lain, bila tanya kenapa jual, mereka akan jawab tak syok lah iphone ni, susah nak paham pakai iphone ni. heloooo!! iPhone the best phone i pernah ada tau! Kalau u tahu fungsi iPhone ni, konfem tak habis belajar tau.. Memang syok tahap gaban tak hingat! Kalau tak, takkan lah i nangis berhari-hari sebab phone i ni hilang kannn.

Why iPhone 5s ni merupakan impian tieka atau more pada impian setiap blogger, sebabbb quality iPhone ni memang extra superb. Tak perlu lagi pakai 360, gambar dah tentu cantik molek okayy. Lagi-lagi blogger like tu capture picture kan. Boleh dikatakan, ianya pengganti kamera digital if didn't have. That's why i memang takkan choose phone lain selain iPhone. Nampak macam belagaknya budak ni. tapi, ni lah hakikatnya bila dah fall in love with iPhone. 



Selain sebab gambar yang menawan ni, I'm choose iPhone 5s because iPhone ni tak adalah tetiba hang bila whatsapp banyak banyak masuk ke. Main game seharian ke. iPhone still maintain okay, tak ada nak hang hang. Sebab tu i minat gilaaa! Lagi-lagi tieka ni memang susah nak sabar lama-lama. hihi. So, iphone make me smile always sebab tak payah nak tunggu lama sebab phone hang kann.

Security iPhone 5s ni pun memang memuaskan, sebab dah ada Touch ID sekarang ni. Kalau u all lupa password nak buka iPhone 5s ni kan, u all tak perlu risau dah, just touch je guna jari u alls, phone dah boleh unlock. senang kan. jangan risau, orang lain tak boleh buka fon u all selain u all je. Hah, boleh simpan secret dalam phone, tak ada sapa akan selongkar. Boleh gituu? 

Kan ada iPhone 5c jugak kan? Tapi i tetap pilih iPhone 5s okayy. ni nak share beza iPhone 5s dengan iPhone 5c..



Ni lah entri meluahkan rasa sedih sebab kehilangan iPhone dan eksaited untuk memilikinya kembali. Moga tidak bosann. InsyaAllah. Mana tahu ada rezeki kan. Tapi kalau tak ada rezeki, i akan usaha kembali untuk memiliki iPhone 5s ni. Moga Allah bantu..

Penaja khas:

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.


Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Wednesday, April 30, 2014

Wedding Planning - Part One


Bismillah... Setelah lama tak berupdate belog ni. busy?? ok lebih kepada malasss sebenarnya. Malas nak fikir idea. Malas nak menaip. Oh yaa, introduce my new belog VitaLife, okay that belog most to talking talking plus sharing sharing about health. Jemput singgah ya!! 

Baca tak tajuk kat atas tu?? "Wedding Planning" kelass kau jahh ^_^ Okay akibat kerja office ni memang mudah mengantuk jadi untuk menghilangkan rasa mengantuk tu, tieka dengan semangatnya menggoogle pasal tema tema perkahwinan. cehh, tetiba? haha. Eksaited uollss.. Memang dah difikirkan dari zaman belajar dedulu lagi kat pahang nak bertemakan MERAH PUTIH. Jadi en someone please tabah menerima ya apa yang direncanakan. kihkihkih..


Entri kali ini tieka nak cerita tentang checklist perkahwinan. Cehhh ==' Okay checklist tu sangat penting okay!! Even my wedding the end of year (lama lagi) tapi eksaitednya makk aii, macam bulan depan je kan nak kahwinnya. Hahahaha. Takpe prepare awal awal sekurangnya nanti tak kelam dek kabut. 

Antara list yang perlu ada di dalam checklist perkahwinan ialah:

KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Prosedur Pernikahan
  • Kursus kahwin (This is most important okay!! takde ni tak kahwin la korang)
  • Mas Kahwin (Okay yang ni ikut negeri korang sendiri okay. kalau kat Johor ni 22.50 jee)
  • Wang Hantaran (Yang ni pulak ditentukan sendiri dari kedua-dua belah pihak dengan persetujuan, Elakkan la mintak banyak sangat ye, takut tertanggung hutang pulak lepas kahwin nanti. Yang mampu je)
  • Surat Akuan Bujang
  • Hubungi & Tempah jurunikah
  • Wali & Saksi dapat dicari dan ditetapkan(Perlu bawa kad pengenalan pada waktu akad nikah)
  • Ujian kesihatan (HIV) di klinik kerajaan
  • Cincin kahwin
  • Barang kemas (Rasanya tak WAJIB ya. optional)

Busana Pengantin
  • Baju pengantin lelaki
  • Baju pengantin perempuan
  • Baju salinan pengantin lelaki
  • Baju salinan pengantin perempuan
  • Tanjak dan samping
  • Keris
  • Tudung
  • veil
  • Barang kemas
  • Kerongsang 
  • kasut
  • pin
Andaman
  • Tempat duduk pengantin (semasa akad nikah)
  • Tempah juruandam/jurusolek 
  • Pelamin dan aksesorinya
  • Bunga pahar(bunga telur)
  • Bunga mangga
  • Bunga pegang
  • Hiasan bilik tidur
  • Pintu gerbang
  • payung
  • inai
Hantaran
  • Tempah pengubah hantaran
  • Sewa dulang hantaran
  • Hiasan dulang
Okayyy, kita cerita sampai sini dulu okay. Ini merupakan keperluan asas bagi pengantin. next entri InsyaAllah untuk checklist lokasi, makanan dan tetamu. Jumpa lagi!! *Nak sambung buat kojee!!



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Friday, February 21, 2014

Life : Masih ada pelangi


Setelah sekian lama tidak menaip di belog yang tak berkunjung ni . Busy + dengan pelbagai yang datang lately ni . Cuma set kan dalam mind, ini semua ujian dari Allah . Allah jadikan begini ada sebab . First seperti post yang lepas, ada ceritakan pasal kereta eksiden . Yes, ujian . Nak buat macam mana kan benda dah jadi, nak dimarah pun memang tak boleh lah . Fikiran ni jangan cakap la, serabut tak hilang . Asyik duk pikir je . Maybe tieka ni akan tua sebelum usia nanti . Asyik fikir je . Kadang kadang tu akan termenung . Besar ujian ni . Tak nafikan, start je niat nak kahwin tahun ni, macam macam ujian datang . Lepas satu, satu yang datang . Tak apa mungkin Allah nak uji adakah kami ni dah betul betul sedia nak dirikan rumahtangga ke tak . Moga kami kuat .

Dan yang terbaru, ujian dunia Allah bagi, atuk pergi menghadap ilahi . Redha . Relakan . Setiap pertemuan pasti akan temui perpisahan . Setiap yang diciptakan akan kembali pada Maha Pencipta bila tiba waktunya . Sungguh janji Allah tu benar dan Ajal Maut, Jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah . Tieka rasa bersyukur amat sangat apabila doa ini dimakbulkan dikala meminta supaya atuk pergi di hadapan tieka . Dan alhamdulillah tieka dapat mengucapkan syahadah di telinganya . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang orang yang soleh . Al-Fatihah .

Selepas kepergian atuk, rezeki arwah mencurah curah . Alhamdulillah . dapatlah buat kenduri uruskan jenazah semua guna duit sumbangan yang diberi . just tambah sedikit je . Alhamdulillah . Kan dah cakap tadi, rezeki tu rahsia Allah . Dan Alhamdulillah, tieka juga dapat tempiasnya kedatangan rezeki tu . Sedekah itu indah . Apa yang kita ada, kita beri dan Allah akan kembalikan dengan ganjaran yang lebih besar . Alhamdulillah, tieka keluarkan sedikit duit untuk kenduri arwah dan pulangannya bulan ni tieka dapat gaji lebih . Bersyukur sangat . so, janganlah takut nak bersedekah walaupun di poket hanya tinggal RM1 . 

Banyak lagi benda baru yang tieka dapat selepas kejadian ni . Mematangkan lagi pemikiran untuk berfikir . Selain gaji bertambah sedikit bulan ni, tieka juga dapat job untuk mengajar tuisyen . Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu rezeki padaku . Walaupun bayarannya tak banyak, tapi kira ok la dapat tambah tambah sikit untuk kahwin dan baiki kereta . Kini tanggungjawab bertambah . tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya berjaya . Walaupun tak dapat nak jadi cikgu, dapat jadi cikgu tuisyen pun jadilah . Sekurangnya, ada la sikit saham akhirat nak ditambah tambah nanti . Semoga senang belajar dengan cikgu Atika ya bakal anak muridku . Huahuahua . Ayat gilaa berangan .

See? Setiap ujian ada sebab Allah bagi . Kerana setiap ujian, ada hikmah disebaliknya . 

Sabar pengubat luka,
redha penguat hati



Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Wednesday, February 5, 2014

TRAVEL: Chinese New Year Journey


Gong xi Fa Caii !! Selamat Tahun Baru Cina ! Cehh eksaited gilaa . Padahal dah beberapa hari lepas . Eksaited ni akibat cuti panjang larh . Cutinya 4 hari saja, tapi akibat tieka anggap boss ngam dengan tieka tu cuti jadi 5 hari . whuawhua . Suka hati je kan nak bercuti lebih lebih . Ingat ada share keuntungan apa ngan company ni . So, alternatifnya akibat dah ponteng sehari, beli MC la jawabnya . Pertama kali buat kerja jahat ni . Jadinya, diam diam sudah . 

*Check sql server, still not responding .

Di kesempatan ini, sambil menunggu sql server responding kembali, post entry la jawabnyaa . Okay, sebenarnya nak cerita, selama cuti 4 hari ni, eh salah . Selama 5 hari ni apa yang tieka buat . Okay tanpa perancangan punn . Semua orang tanya, cuti ni pergi mana . Jawapannya hanya satu, 'duduk rumah jee' . Sebenar-benarnya mak nak balik kampung, and terang terangan laa tieka perlu duduk rumah tanpa keluar . Sebabnya nenek sakit, so tak boleh lah tinggal kan dia sesorang . Dan juga makcik nak pergi KL . Tapi, hakikatnya kita ni hanya merancang, Allah yang akan tentukan . Mereka tak keluar ke mana mana pun . Soooo boring ler masing masing duduk rumah tak mau keluar jenjalan . 

Hari jumaat tu, en someone pergi mersing . Dengan tak malunya, nak ikut lah mereka pergi mersing, tapi en someone tak bagi ikut, sebabnya kereta tak muat . Sokayy, sabar je laa . Then, tengahari tu call lah dia tanya dah sampai ke belum, dan amat mengejutkan bila dia habaq, "saya eksiden" . Okay, hanya mampu diam je . Tak tahu nak cakap macam mana lagi . Nak dimarah, nak cakap banyak banyak pun tak ada guna . Benda nak jadi . Diam je la . Hanya Allah je tahu apa perasaan yang ada kat dalam hati ni . Belakang kereta hancur teruss, cermin pecah, tayar pecah . Memang banyak gila lah duit nak kena pakai untuk repair . Apa nak buatkan. dugaan Allah . Sabar je laa . So, disebabkan kereta eksiden, tak dapat lah den nak pinjam nyerr . duduk sajorh la kereta tu diam diam kat rumah .

Kebosanan dalam diri ni, jangan cakap lah memang bosan tahap Max wa cakap . Kerja harian, bangun tidur, makan, tengok tv, tidur balik . Memang terbaikk ! Last last en someone nak ambil gak pergi jenjalan hari ahad hari tuu . En someone sampai je tetiba bagitahu mak dia ajak pergi pahang . Ehh ? Eksaited gilaa la gue . Teruss tanya mak minta izin nak ikut . Mak cakap, suruh mak en someone call dulu, so pe lagi, terus suruh bakal mak mertua tieka ni call . And last dapat green light . Weeee *suka keriangan . So, plannya gerak pukul 3 pagi, petang gerak balik jb . Tu yang setuju sebabnya selasa dah naik kojee . Last last gerak dari rumah pukul 6 pagi . well, janji melayu .

Kami pergi guna 3 kereta, storm exora and alza . Nak bawak myvi memang idakk la, dah teruk sakit kereta tu . So dengan baik hati, mak en someone bagi pinjam kereta alza dia . Gembira sakan la kami . Jadinya destinasi pertama kami ialah pergi mersing ambil mak long . Mak long ni ada anak down sindrom sorang, nama dia Aki . Dia duduk kereta kami . Memang meriah la kami melayan karenah dia . Baik baik ngantuk jadi segar bugar dengar keletah dia . Ingat budak kecik je ada keletah . Dia pun adaa tau . Kau Adoo? Jadi, for the first time tieka tak tidur dalam kereta . wawawa . Risau jugak kalau en someone ngantuk nanti ke . Alhamdulillah selamat perjalanan . 

Bila sampai je pahang, eksaited kemain . Tunjuk macam macam tempat dekat en someone . *gelak besar* Rasanya pening jugak kepala dia bila dengar tieka dah start bukak mulut . Tunjuk macam macam tempat . Yang dia lagi pening, tunjuk kedai makan je . *gelak tutup mulut* Okay, tak dinafikan . tieka ni dulo duduk pahang sibuk cari tempat makan yang sedapp je . jenjalan kat lain memang tidak laa . Yela, dah duduk negeri orang cari la tempat makan sodap sodap, nanti dah balik JB balik tak dapat nak merasa lagi . 

Oleh kerana salah jalan, kami terpaksa pusing jauhhh untuk ke kolej wahida . Alahai, sampai meround ke U tieka lagi . Memang tak diam lah mulut ni . Maaflah en someone, terpaksa menadah telinga . Ehh? Sampai je kolej wahida, masing masing serbu tandas . Lupa pulak nak cerita tadi, sebelum kami ke kolej wahida, kami berhenti sebentar di depan masjid pekan . Alaa, masjid yang ada tanah perkuburan tuu . Kami berhenti makan . Family en someone ni, kalau dorang pergi jenjalan dorang lebih prefer bawa makanan dari rumah . Tu yang syoknya . Jimat tu jangan cakap laa . Tieka ni ikut dorang tanpa sehelai duit kertas punn . Sementara tunggu wahida settle kan pemberhentian dia, kami ni duduk duduk laa dekat lobby dia . Pemandu pemandu semua duduk kat kerusi urut . yolaaa, penat tuu . Siap je urusan wahida, kami bergerak ke cherating pula .

-IMPERIA Academy Of Tourism -
- Image by Google -

Selama 2 tahun lebih tieka duduk pahang, tak pernah langsung jejak cherating . And travel ni, apa lagi pergi cherating la . plan nya tak mau mandi . bila dah tengok ombak memukul pantai . Apa lagii . Apa guna datang jauh jauh tak mandi kan . Rugi jee . Jadi lepas salin baju, teruss terjun la gamaknya ! Tapi tieka tak mandi lama sangat pun. yela, en someone drive, kalau lama sangat penat pulak nanti . 



Hah, nampak tak pantai nya? Siapa yang tak tergugat kan . Tu yang semua terjun tu . Aki pun terjun tau . Dari apa yang mak long habaq, Seumur hidup Aki, dia tak pernah mandi laut, dan ini adalah first time . Wahhh, dia pun tergugat tengok pantai ni . Muka gelap ke hape ke, ada semua kisah ? Janji dapat main air woo . 

Selesai memenatkan tubuh badan, kami ke kemaman terengganu . Kami bersinggah sana ke rumah sepupu mak en someone . Rumah dia besarrr . Yela dah kata suami dia kerja petronas . Besarlah rumahnya . After makan makan kami pergi ke pantai penunjuk . Kat pantai ni yang bestnya mempunyai batu batu yang seperti diukir, unik laa . Kalau nak pergi sini, mesti rasa menakjubkan . Kami banyak bergambar dekat sini, tapi disebabkan fon en someone mati sampai sekarang tak hidup, tak dapat la nak upload gambar gambar tu semua . Nak harapkan fon tieka, memang idakk la kan . Tak apa ya, tunggu dah dapat ipong 5 nanti . Banyak gambar gambar tieka capture nanti . 


Nampak tak gambar kat atas, ni lah antara view dekat pantai penunjuk ni . Cantikkan batu-batunya . Indah sungguh ciptaan Allah . Pantai penunjuk ni dekat dengan kampung nelayan . Mungkin nama kampung tu disebabkan pantai pantai ni kebanyakkan nya ada ukiran haiwan haiwan di lautan . Kami tak mandi pun kat sini, Hal ini kerana den tak bawak baju and kami singgah sekejap je . 

After tengok tengok Pantai Penunjuk ni, kami mulakan perjalanan pulang . Bukan terus pulang ke JB, tapi kami ke Mersing . Tidur di rumah mak long . Yela, kalau nak gerak teruss ke JB memang tak larat lah kan . sampai mersing pun dekat pukul 12 malam . Kalau teruskan memang tak tahu la apa jadi . Orang kata lebih baik mencegah . kann ? 

Before balik ke JB, dengan tak rasa bersalah ponteng kerja pun tieka boleh melayan keindahan sungai mersing . Terukk betul . Mula mula budak budak ni la yang pergi tangkap ketam, Dorang ada cakap nak naik bot, naik bot . Then, apa lagi tieka kejut lah en someone sebab nak ikut dorang sekali, mula mula dia kata malas, nak tidur . last last dia yang palinggg over naik bot . nak kata over tak la, sebab dia sorang je berani naik bot tu . Orang laut la katakan . Nampak je ketam, hilang segala penat dia . Okay fine . Mula mula tieka nak ikut naik bot, tapi memandangkan pakai skirt masa tu, memang idakk la nak naik bot kan . 

Selepas makan tengahari, kami pun gerak balik . Makanan jangan cakap laa, sodapppp gila . Rasanya kalau tambah beberapa hari lagi memng naik berkilo kilo berat ni . Yela, ikan, udang semua fresh fresh . Sodappp tidak terkata . Ketam yang en someone cari pun hampir 2 kiloo . Dapat cenggitu je tanpa keluar duit . Jimat tak jimat kan . Lagi lagi en someone ni hantu laut, suka gilaa la kan . Dan kami sampai di JB dekat dekat pukul 7 malam . Sampai sampai je terus cari MC . Terbang RM25 oii . Tak apa la, en someone yang bayar . weee . 

Okay, ini sahaja la cerita travel CNY ni . Journey on 24 hours . Cewahhhh . Terima Kasih en someone sebab sudi bawak makwe awak ni pergi jejalan . Thank so much pada family anda :)

# Sayang pulak dok cerita cerita takde gambar .





Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Friday, January 24, 2014

LIFE: Degree Intake

Alhamdulillah . Hanya satu perkataan yang mampu Tieka ungkapkan dipermulaan entry kali ini . Berita gembira . Ya, berita gembira bagi semua orang jika mendapat tawaran untuk sambung belajar . Begituu juga tieka . Satu perasann yang sama di waktu tieka dapat tawaran untuk sambung diploma tiga tahun yang lepas . Bersyukur . Cuma yang bezanya saat ini ialah, tindakan yang diambil . Jika dulu tieka mengambil keputusan untuk terima tawaran itu, tapi kali ini tieka memilih untuk menolak tawaran tersebut . Mungkin dikala ini belum tiba masanya untuk nikmati rezeki itu . 


Tidak dinafikan, memang tieka rasa cemburu dengan rakan rakan yang terima tawaran tersebut . Memang rasa rugi dengan keputusan yang diambil . Tapi apakan daya, keputusan dah dibuat . Jika tieka terima, bagaimana perjanjian bekerja dengan company ni . Dan tieka juga dah tekad yang taknak menyusahkan emak lagi . cukuplah selama ini, menanggung hutang hanyalah semata mata nak bagi duit belanja kat tieka . Lagipun dia tengah sakit sekarang . Nenek jugak tak sihat . Patut ke jika tieka terima tawaran ini ? tieka taknak lagi jadi buah mulut orang orang kat luar yang cakap tieka itu ini . Cukup la selama ini . Walaupun emak tak tunjuk rasa payahnya, tieka tetap dengan keputusan yang dibuat . Allah Maha Mengetahui segala-galanya . 
InsyaAllah, jika ada rezeki akan datang, tieka akan sambung juga belajar ni . Cuma mungkin dalam status berbeza, mungkin juga dalam environment yang berbeza , mungkin juga tempat yang berbeza . Apakan daya kita ni hanya merancang . Cuma sekarang tieka hanya nak fokus untuk kerja, bantu emak, dan juga stabilkan ekonomi untuk berkahwin . InsyaAllah jika ada jodoh . 
Tak banyak pun yang nak diceritakan untuk entry kali ini . TAHNIAH diucapkan kepada semua yang mendapat tawaran tersebut . BELAJAR RERAJIN ! Jangan jadi macam time diploma okay ! See all of you masa kita semua ambil sijil diploma nanti ya ! Okay eksaited gilaaa nak jumpa kalian . Sampaikan salam kepada UMP . HAHA :D
Selamat Maju Jaya Kalian :)

Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

Friday, January 3, 2014

LIFE: Throwback last year 2013

Assalamualaikum !!

2014 . cepat sungguh masa ni berlalu . Dah bertambah 1 kat umur sekarang ni . Dah digelar dewasa . SubhannAllah . Sudah cukupkah amal aku selama 20 tahun ini ? Tepuk dada tanya iman . 

Holaa . tetiba rasa nak berbelogging pulak pepagi ni . Sebelum memerah otak sebentar lagi . Selepas main candy crunch . Sekarang menaip pulak . Rini jumaat yang sepatutnya Johor cuti umum . Tapi company ni maintain cuti sabtu ahad . Tak apa la ia memudahkan kami sebagai pekerja swasta ni nak berurusan dengan kerajaan hari ahad nanti . tak perlu la ambil cuti ke hape . Bijak tak ? 

Alhamdulillah . Rezeki mencurah di awal tahun baru ni . Start 1st January 2014 ritu, tieka dah diterima sebagai permanent staff dekat company wincom ini . bersyukur pada Allah . Walaupun masih belum habis pratikal . Masih belum menerima sijil diploma, boss tieka dah ambil tieka terus bekerja dekat sini . Rezeki melimpah lagi, apabila boss tieka bagi gaji setaraf dengan degree and dia lebihkan lagi gaji yang sepatutnya pekerja baru dapat . Terima kasih boss . Tak sia sia jika kita ikhlas dalam mencari rezeki dan belajar . 

Apabila terkenang kembali bertahun tahun yang lepas, macam tak percaya dah berada dekat tahap ini . Tak percaya yang akan bekerja dalam field ni . Padahal tak pernah langsung terfikir dek otak ni nak cebur bidang ni . Tapi, Allah dah tentukan ni pekerjaan yang akan menjadi rezeki titik peluhku sendiri . Bersyukur sangat sangat . 

Throwback tahun lepas punya cerita . Ingat lagi pada awal awal tahun lepas tieka ada kerja kat sebuah company ni . bekerja sebagai penjual kupon . berpanas panasan berjumpa pelbagai ragam manusia . stress ado , lawak pun ado . Tapi tu la cara mencari rezeki . Bila fikir balik , Allah susahkan pada permulaan dan permudahkan pada akhirnya . Percaya pada Allah . kerana rezki dan nikmat tu datang dari DIA . Kalau masa ni kena kerja di bawah matahari, jalan sana sini, tapi sekarang Allah bagi nikmat hanya duduk di atas kerusi berhadapan komputer dan disejukkan dengan aircond . Apa lagi yang kita nak ? Syukur . 

Last year, kenapa tieka susah payah kerja padahal cuti hanya sebulan ? Sebabnya Allah bagi ujian, laptop tieka rosak . sebab tu Allah nak suruh hambanya berusaha . Jangan duduk malasan dan mengharap saja . Usaha . Alhamdulillah, rezeki Allah bantu tieka mampu kumpul duit untuk beli laptop baru, walaupun harganya takde la mahal mana . Yang penting kita rasa macammana nak cari duit tu . Selama ni tengok orang dapat duit senang je. tapi tak pernah pun nak rasa macam mana nak cari . Benda ni la yang buat tieka lagi matang dalam berbelanja . Susah dan penat mak tieka cari duit . Dengan rezeki Allah bagi sekarang, InsyaAllah taknak susahkan mak lagi .

Projek tahun akhir . Tu tekanan tahun lepas . Bila ingat balik keperitan FYP tuu . Rasa memang taknak sambung belajar lagi . haha . Tekanan yang benar benar menguji kesabaran jiwa . Bayangkan tieka buat project android tanpa belajar dari mana mana lecturer punn . sampai rasa nak termuntah muntah tengok video tutorial . At last, Alhamdulillah dah selesai project tersebut . bersyukur dengan apa yang dah dapat .

After that, tieka ada gap sebulan sebelum start pratikal . Masa tu dah nak dekat bulan puasa . So, memang tak plan pun nak kerja ke hape . Nak rehat duduk rumah je . Tapi kalau dah hari hari duduk rumah, bosan jugak . so, cakaplah dengan mak yang nak kerja part time . tapi kerja yang simple simple je . so, ingat kan nak kerja buat kuih raya je kat kedai cake . dapat pengalaman nanti . Tapi tak ada rezki pun nak kerja buat kuih raya . Tapi Allah yang aturkan . Balik je dari cari kerja kat tempat kedai cake tu, terus dapat call dari boss lama yang dekat Angsana tu offer kerja kat tempat dia jaga lerongsang . Jadi, tanpa banyak fikir teruss setuju . Agak penat jugak lah kerja 12 jam . Tapi Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi, dapat la jugak duit tu buat belanja untuk raya . Dapat la bagi mak sikit, nenek sikit, makcik sikit, anak buah sikit, kuih raya sikit. Allah bagi . Syukur . 

3 hari sebelum raya, tieka dah start pratikal dekat company wincom ni . memang penat tahap max la . start pratikal dari pukul 9.00-6.30 . Then, sambung koje kat angsana . Hanya Allah je tahu macammana penatnya . Tapi takpe, sabar . rezeki dari Allah . Okay mula pratikal, sangat sangat bosan . mengantuk semua ada . Dah la mereka dekat sini bila dah buat kerja, duduk fokus je depan PC . sampaikan tieka ni tak pernah pernah main candy crunch dah start main benda alah tu .

So far, okay la kerja dekat company ni. kekadang best, kekadang bosan, kekadang penat, kekadang stress . Part yang best tu adalah every month, boss tieka akan belanjo makannn . Ehh . Tu yang syok tu . huahuahua . Last ingat makang sama dengan mereka ialah pada annual dinner . Kami berannual dinner di KSL. Nama tempat makan tu lupa la pulak . Makang kat situ memang mewah mewah la . Lagi lagi tieka yang tak pernah langsung makan kat hotel . Jakun gilooo . Tempat makang tu sejibik macam hotel . makan buffet . Makan lah sebanyak mana pun . Tapi sayang, tieka ni mana la pandai makan benda pelik pelik . rugi jer . Yang tieka pandai makan, nasi, ayam, cake, ice cream, buah, abc. Tu pandai laa . Kalau bagi itik, sushi, lobster . Alahai benda alah apa tu ? sodap ke? tak boleh telan la hai . Tapi okaylah tempat tu . makanan sedap sedap . *cehh, padahal makan makanan biasa yang ada kat kedai makan cikai je . Dah tu je yang pandai makang . kihkihkih .

Kalau nak cerita satu satu pasal tahun lepas punya cerita, memang lenguh lah jari jemari I . So, jadilah sikit sikit . And now, new year . Tinggalkan segala sakit pahit dan kemanisan yang lepas . Jadikan sebagai kenangan di dalam kehidupan . Alhamdulillah masih boleh menghirup udara lagi . Thanks Allah . Pandang ke hadapan . Dan jangan toleh ke belakang lagi . Benda yang dah berlalu biarkan ianya berlalu .

*Harap maaf jika entry kali ini takdo sebarang gambar . wawawa. Hanya tulisan semata mata . Biasalah update di office . Kang cari gambar banyak banyak nanti persan pulak orang sebelah yang kita ni tak buat kojee . hihi .

Last not least, satu satunya picture untuk entry ni . selamat menghadam quotes yang diberikan ini :)







Had pendapat ? cer Komeng . . . . . Sincerely : tieka :)

copyright. Kandungan di dalam blog ini adalah hak milik Atikasalleh